Krisis Mesir: Sebuah Catatan Peribadi



Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 7 Umat Islam diseluruh dunia berpuasa. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh Umat Islam di seluruh dunia yang menyambut ketibaan Tetamu Agung ini. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan mendapat pahala yang penuh dari Allah s.w.t nanti Insyallah.

Hari ini terasa nak kongsikan pandangan peribadi dengan rakan sekalian berkenaan dengan krisis yang melanda Mesir yang telah bermula pada malam 3 Julai 2013 yang lalu yang menyaksikan Presiden Sah Mesir, Dr Mohammed Morsi yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Mesir dalam Pilihanraya Mesir telah digulingkan oleh tentera negaranya sendiri. Saya membaca beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin - pemimpin Islam dalam negara ini yang mengeluarkan pendapat masing - masing berkenaan dengan isu yang melanda Mesir ini. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas isu ini kerana kekurangan fakta dan juga maklumat berkenaan dengan isu yang berlaku ini, tapi ada beberapa persoalan yang bermain diminda saya selepas membaca kenyataan tersebut dan juga menonton berita tentang isu tersebut dikaca televisyen.  

Sehingga sekarang, penyokong kedua - dua belah pihak samada yang menentang Morsi atau yang menyokong Morsi masih lagi mengadakan demonstrai samada di Dataran Tahrir, Dataran Raba'ah Al Adawiyah dan lain - lain tempat. Paling terbaru ialah sokongan yang diberikan kepada Dr Morsi oleh Ulama' Al Azhar yang berdemonstrasi menyokong beliau dan mengutuk rampasan kuasa yang tidak demokratik yang telah dilakukan oleh pihak tentera dahulu. Kebangkitan golongan Ulama' ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan tentera disebabkan oleh golongan ini boleh mempengaruhi orang awam. Semoga mereka terus tabah dalam menyokong kebenaran.

Persoalan yang bermain difikiran

1. Kenapa Dr Morsi digulingkan setelah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak Mesir dahulu? Ini merupakan suatu pencabulan terhadap hak demokrasi rakyat Mesir yang telah memilih beliau sebagai presiden negara itu. Sepatutnya pihak yang menggulingkan beliau menghormati keputusan yang telah dibuat itu. Dr Morsi DIPILIH SECARA DEMOKRASI dan bukannya DILANTIK oleh sebahagian pihak - pihak tertentu di Mesir. Maka sewajibnya dihormati keputusan tersebut. 

2. Tentera mempunyai kuasa sama dengan Presiden? Saya melihat seolah - olah pihak tentera Mesir ini mempunyai kuasa yang sama dengan presiden malah kadangkala lebih lagi. Manakan tidak, mereka berupaya mendesak presiden meletak jawatan, melantik kabinet dan bermacam perkara lagi yang boleh dilakukan dalam isu ini yang melebihi kuasa presiden. Sepatutnya, pihak tenteralah yang menjadi benteng utama dalam melindungi dan mempertahankan presiden dari apa - apa ancaman dan sentiasa berdiri teguh dibelakang beliau dalam apa jua hal. Mungkin benar pepatah Melayu " Harapkan pagar, pagar makan padi".

3. Peranan Amerika? Memang jelas Amerika memainkan peranan yang cukup besar dalam penggulingan presiden Mesir ini. Walaupun mereka mendabik dada sebagai penegak kepada demokrasi, tetapi merekalah yang menjadi pemusnah kepada demokrasi yang berlaku. Peranan Amerika ternyata jelas melalui penghantaran beberapa buah kapal perang ke Mesir yang kononnya ingin mengawal keadaan disana. Semua orang sudah mengetahui tembelang Amerika ini yang memang tidak suka akan pemerintahan Islam yang dijalankan oleh Dr Morsi di Mesir. Memang menjadi agenda mereka untuk menjatuhkan Islam.

4. Jangan iktiraf Kerajaan HARAM Mesir! Saya menyambut baik penegasan yang dibuat oleh Kerajaan Turki yang tidak mengiktiraf kerajaan Mesir sekarang dan hanya akan berurusan dengan Dr Morsi sahaja. Sepatutnya kit mesti menyokong kerajaan yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi yang sah dan bukannya melalui rampasan kuasa yang langsung tidak demokratik.

Isu ini menampakkan tanda - tanda yang ianya tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Penangkapan pemimpin Islam Ikhwan Muslimin dan juga dakwaan jenayah terhadap Dr Morsi akan menjadikan isu ini menjadi lebih parah lagi.

Pemipin Islam seluruh dunia mesti mengutuk rampasan kuasa ini dan tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang dilakukan. Buat kita disini, hanya doa yang mampu dihulurkan semoga ianya berakhir dengan aman...

Sesungguhnya Islam Pasti Akan Menang

Kebenaran Pasti Terserlah Nanti

Allah Akbar!!!







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan