Derma Darah 2013


 
Assalamualaikum dan Selamat Petang. Indah sungguh petang ini untuk diluangkan sedikit masa untuk menulis entri tentang program yang dihadiri hari ini.
Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan yang lain berkesempatan untuk menghadiri program Derma Darah yang telah selamat berlangsung di Dewan Seminar 1, Fakulti Pengurusan Maklumat dari jam 9.00 pagi – 4.30 petang. Ramai juga yang datang untuk menderma darah mereka bagi keperluan di Pusat Darah Negara.
Program anjuran Pusat Darah Negara (PDN) ini perlulah diteruskan untuk masa – masa akan datang untuk menampung bekalan darah di PDN yang semakin berkurangan. Semoga dengan program ini dapat menambah bekalan darah di sana.

Ini Kali kedua saya menderma darah bersama PDN. Ada juga sahabat yang pertama kali menderma. Semoga berterusan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan