Bagaimana menjadi Imam?


Bagaimana untuk menjadi Imam dalam Solat?

Apa perkara yang perlu dititikberatkan oleh kita untuk menjadi seorang Imam yang terbaik?

Antara yang perlu diambil berat seperti:

1. Wajib menjaga Bacaan Wajib dalam solat.
  • Takbiratul Ihram: Perlu dijaharkan/dinyatakan dengan jelas sebagai Imam.
  • Bacaan Al Fatihah (Perlu dijaga 5 Perkara dalam bacaan Al Fatihah)
1. Jangan tertukar huruf atau tertukar baris dengan sengaja.
2. Bacaan didengar secara betul oleh makmum (kuatkan suara untuk solat malam dan jumaat).
3. Jaga syaddah (sabdu) dalam Al Fatihah: ada 14 tempat dalam Al Fatihah.
4. Tertib.
5. Menambah huruf dengan sengaja dalam Bacaan Al Fatihah boleh membatalkan solat.

2. Bacaan Sunat Solat.

  • Imam perlu bezakan antara Solat Jahar (Solat Baca Kuat) dengan Solat Baca Perlahan
3. Berhenti sebentar selepas bacaan Al Fatihah (Saktah)

Terdapat empat tempat yang perlu diambil perhatian oleh Imam selepas bacaan Al Fatihah dengan berhenti sebentar selepas:

  • Takbiratul Ihram
  • Selepas Bacaan Al Fatihah Imam
  • Selepas Amin nak masuk surah
  • Selepas bacaan surah sebelum rukuk
Tambahkan ilmu agar insyallah kita berjaya menjadi Imam yang terbaik nanti..

Kuliah Asar TV Al Hijrah
Ustaz Muhammad Abdullah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan