Peristiwa yang berlaku dalam Hari - Hari Islam


Dalam Kalender Islam (Hijriah), nama hari - hari yang tujuh itu ialah:

Ahad ertinya satu, Isnin ertinya dua, Selasa ertinya tiga, Rabu ertinya empat, Khamis ertinya lima, Jumaat ertinya berhimpun dan Sabtu ertinya memotong. Adapun peristiwa yang berlaku dalam hari yang tujuh ini mengikut sejarah Islam adalah seperti berikut:

Ahad
  1. Allah menjadikan Alam ini.
  2. Allah menjadikan bintang - bintang dilangit.
  3. Allah menjadikan neraka.
  4. Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh langit.
  5. Allah menjadikan tujuh jenis lautan.
  6. Allah menjadikan tujuh anggota manusia.

Isnin
  1. Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit.
  2. Nabi Musa mengunjungi Bukit Thur Sina.
  3. Bukti keesaan Allah diturunkan.
  4. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.
  5. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
  6. Rasulullah s.a.w wafat.

Selasa
  1. Nabi Yahya telah dibunuh.
  2. Nabi Zakaria telah dibunuh.
  3. Tukang - tukang sihir firaun ditewaskan.
  4. Asiah, isteri firaun mati telah dibunuh.
  5. Lembu Kaum Bani Israil dibunuh.
  6. Habil dibunuh oleh Qabil.

Rabu
  1. Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah.
  2. Firaun dan bala tenteranya hancur binasa.
  3. Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk.
  4. Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras dari Malaikat Jibril.
  5. Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat.

Khamis
  1. Saudara Nabi Yusuf telah menemuinya semula di Mesir setelah lama berpisah.
  2. Nabi Yaakub bertemu semula dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
  3. Nabi Musa memasuki Mesir.
  4. Nabi Muhammad s.a.w memasuki Kota Mekah.

Jumaat 
  1. Nabi Adam berkahwin dengan Siti Hawa.
  2. Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Zulaikha.
  3. Nabi Sulaiman berkahwin dengan Puteri Balqis.
  4. Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Siti Aishah.
  5. Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Siti Fatimah.

Sabtu

  1. Nabi Nuh diperolok olokkan oleh kaumnya.
  2. Nabi Salleh ditipu oleh umatnya.
  3. Nabi Yusuf ditipu oleh saudara - saudaranya.
  4. Nabi Musa ditindas oleh firaun.
  5. Nabi Isa diperdayakan oleh Kaum Yahudi.
  6. Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi di Sidang Darul Nadwah
Semoga pengisian ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua..

Mohon teguran jika ada kesilapan.

Sumber: Dipetik dari Buku Harian Rasmi 1432H/2011M
                  Dikeluarkan oleh Pejabat SUK, Kelantan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan