Isu Wang Hantaran Mahal
Beberapa hari yang lalu, atau lebih tepat lagi pada 10
Ogos 2013 yang lalu dalam akhbar Kosmo! Memaparkan tajuk “ Ramai membujang
lantaran hantaran mahal” di muka hadapan akhbar tersebut. Kalau tidak silap
saya, isu hantaran mahal ini sudah ditimbulkan dalam tahun 2012 tentang
rungutan masyarakat mengenai hantaran kahwin yang mahal.
Hal ini semacam
menjadi trend dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa sekarang. Mereka lebih
cenderung untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi bagi lelaki yang ingin
mengahwini anak gadis mereka.
Manakan tidak, nilai wang hantaran diletakkan mengikut taraf pendidikan atau kelulusan dari universiti (lihat gambar).
Mungkin ini merupakan salah satu amalan yang menjadi
ikutan bagi masyarakat di Malaysia. Mungkin juga perkara ini untuk menunjuk –
nunjuk dan duit hantaran itu mungkin digunakan untuk mengadakan majlis
perkahwinan yang bersifat mewah dan eksklusif. Bukankan wang hantaran yang yang
tinggi yang dikenakan kepada pihak lelaki akan menyebabkan mereka terpaksa
melupakan hasrat atau menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga kerana
ingin mengumpulkan wang untuk membayar wang hantaran yang tinggi kepada bakal
isterinya nanti.
Selain itu, trend ini juga dikhuatiri akan menjadi
semacam perniagaan yang memberi keuntungan kepada pihak keluarga sigadis dan
juga sebagai satu program “jual anak” yang dilakukan oleh sebahagian keluarga
gadis di negara ini. Sepatutnya wang hantaran perlulah diletakkan nilainya
secara munasabah dan rasional kerana bagi kebanyakan graduan muda yang masih belum
bekerja atau baru memulakan perkerjaan agar dapat menunaikan hasrat untuk
berkahwin.
Secara peribadinya, saya mungkin bersetuju jika
hantaran yang diletakkan nilainya seperti dalam list di atas sekiranya gadis
tersebut hafal 30 juzu’ Al Quran, pandai memasak pelbagai jenis masakan
tempatan dan luar negara/western, pandai menjahit pelbagai jenis baju dan
pakaian serta beberapa ciri – ciri lain yang sepadan dengan nilai hantaran
tersebut.
Cadangan peribadi saya bagi mengatasi masalah ini:
1. Buat majlis perkahwinan dalam Bulan Puasa!. Mungkin
tidak logik, tapi jika nilai hantaran terus meningkat, saya rasa akan ada
majlis perkahwinan yang akan diadakan dalam bulan puasa bagi mengurangkan kos
yang akan ditanggung nanti.
2. Tumpang majlis perkahwinan jiran atau buat sekali
dengan adik-beradik yang lain.
3. Buat pinjaman dengan kerajaan/loan. Tapi ingat, ini
memerlukan pertimbangan yang rapi kerana beban akan ditanggung selepas kahwin nanti
kerana kita yang akan bertanggungjawab untuk membayar hutang tersebut nanti.
4. Sertai majlis perkahwinan secara ramai – ramai yang
dianjurkan oleh kerajaan. Mungkin ini suatu alternatif yang boleh dilakukan
oleh kita yang tidak mampu.
5. Pemahaman yang jelas tentang konsep perkahwinan
secara Islamik perlu dijelaskan secara meluas melalui media massa secara cetak
atau elektronik agar masyarakat faham tentang konsep sebenar perkahwinan
menurut Islam agar masyarakat akan lebih faham tentang adat dan syariat dalam perkahwinan.
6. Kerajaan mewujudkan suatu tabung atau memberi bantuan
kepada pasangan yang ingin berkahwin agar keinginan dan hasrat mereka tercapai.
"Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta
kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya.
Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu".
(Hadis Riwayat Muslim)
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS