Golongan Manusia di PADANG MAHSYAR



Hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muaz bin Jabal menjelaskan:

………. Apabila berlakunya hari kiamat/ hari penyesalan / hari kerugian, maka umatku dibangkitkan dari kubur dan dihalau menjadi 12 golongan

GOLONGAN PERTAMA

Dibangkitkan dengan tiada kaki dan tangan. Mereka terdiri daripada orang yang menyakiti jiran dan mati sebelum bertaubat

GOLONGAN KEDUA

Dibangkitkan dengan berupa binatang atau babi. Mereka orang yang meremehkan perintah solat

GOLONGAN KETIGA

Dibangkitkan dengan perut yang besar, berisi ular dan kala. Mereka ini ialah orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat


 GOLONGAN KEEMPAT

Dibangkitkan dengan darah yang mengalir di mulut, peut terburai. Mereka ialah orang –orang yang berdusta dan menipu dalam perniagaan dan mati sebelum bertaubat

 GOLONGAN KELIMA

Dibangkitkan dengan bau busuk. Mereka ialah orang yang merahsiakan maksiat dan kejahatan yang dilakukan di dunia

 GOLONGAN KEENAM

Dibangkitkan dengan leher yang terputus putus. Mereka iaalh saksi palsu dan pendusta dan amti sebelum bertaubat

 GOLONGAN KETUJUH

Dibangkitkan dengan tiada lidah, mulut mengalir darah dan nanah. Mereka ini melarang orang lain mengatakan kebenaran

 GOLONGAN KELAPAN

Dibangkitkan secara terbalik (kaki keatas, kepala keatas) dan farajnya keluar nanah yang panas.  Mereka ialah orang yang melakukan zina

 GOLONGAN KESEMBILAN

Dibangkitkan dengan wajah hitam pekat, mata terjojol keluar, perut berisi api. Mereka ini ialah orang yang memakan harta anak yatim

 GOLONGAN KESEPULUH

Dibangkitkan dengan kulit berbelang – belang dan berguris.  Mereka ialah orang yang menyakiti ibu bapa

 GOLONGAN KESEBELAS

Dibangkitkan dengan buruk rupa, gigi besar, bibir keluar, lidah terjelir, perut buncit keparas paha. Mereka ini peminum arak

 GOLONGAN KEDUA BELAS

Dibangkitkan dengan muka berseri – seri, meniti as sirat seperti kilat. Mereka ialah orang yang mendirikan soalt, beramal soleh, menjauhi maksiat, mati di dalam keadaan bertaubat. Balasan mereka ialah syurga yang indah dan berkekalan.

Semoga kita berada dalam kelompok yang beroleh syurga Allah swt nanti. 

Insyallah....

Salah silap minta teguran

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan