Catatan

Minggu Ekspresi Mahasiswa (MEM 2013)

Imej
  Biarkan gambar berbicara....                  

Rangkuman Program (17 - 18 Mei 2013)

Imej
Entri Terbaru!!! Sepatutnya dah kena update semalam. Tapi memandangkan masa yang tidak mengizinkan dengan banyak tugasan yang terpaksa dikerjakan, update pun ditangguhkan. Kalau nak diikutkan, semalam (17 Mei 2013) merupakan hari yang memang memenatkan bagi saya. Nak tahu sebab apa?? Kelas IMS 556 jam 8.15 pagi - 10.30pagi Cuba sedaya upaya menyiapkan Individual Assignment IMR 655 Management of Medical Records. Saya start lepas kelas sampailah jam 12.00 tengahari Jam 12.10 tengahari, bergerak ke Makmal Komputer 1 Fakulti Pengurusan Maklumat untuk mengisi  Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) Pelajar Semester Akhir 2013 Program Ijazah Sarjana Muda di IPTA bagi tahun 2013 UiTM. Siap isi, terus Solat Jumaat di Surau Al Ikhwan, Taman Sandaran Permai... Jam 2.45 petang, menghadiri program H I-TEA PERDANA anjuran IMSA bertempat di ISLAND BBQ STEABOAT, Kampung Melayu Subang. Alhamdulillah, program berakhir lebih kurang jam 6.00 petang. Makan steamboat je...Alhamduli...

Ada Apa Dengan Palestin???

Imej
PROGRAM ADA APA DENGAN PALESTIN? ______________________________________________________________________ TARIKH: 13 - 16 MEI 2013 (RABU) TEMPAT: DEWAN SEMINAR DAN KAWASAN SEKITAR KAMPUS PUNCAK PERDANA ANJURAN: INTERGRATION OF RECORDS COMMUNITY ASSOCIATION (I-REC) & RESOURCE CENTRE MANAGEMENT ASSOCIATION (ReCMA) DENGAN KERJASAMA AMAN PALESTIN BHD. Ahli Panel Forum: 1. En Mohd Sharulazilan bin Said  (Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency Malaysia MRA)  2. Saudara Muhammad Firdaus Maulana Mohamed (Maulana AF 8) Duta Aman Palestin Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan untuk menjadi moderator pada forum yang telah selamat berlangsung pada 16 Mei 2013 yang lalu (semalam). Memang banyak perkongsian yang bermanfaat yang telah dikongsikan oleh kedua - dua ahli panel forum tentang tajuk Apa Ada Dengan Palestin?. Forum tersebut telah diadakan di Dewan Seminar,Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Per...

Forum Kerjaya 2013

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Malam ini saya nak update pasal Forum yang dihadiri pagi tadi. Program pembangunan karier yang bertemakan " Perjalanan Karier Anda Tentukan" telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Antara pengisian yang telah diadakan ialah sesi forum yang bertajuk " Pembangunan Karier: Cabaran dan Masa Hadapan" memang menarik bagi kami sebagai pelajar akhir Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Ahli panel forum terdiri daripada: 1. Ybhg Dato' Hj Sidek bin Hj Jamil, mantan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia 2. En Mohd Safrie Zakaria, PTD 3. En Mohd Azlee Abdul Aziz, wakil NSTP 4. En Samsuddin, wakil daripada VTLS Forum dimoderatorkan oleh En Zailan bin Endin, Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat. Banyak tips yang telah dikongsikan oleh mereka semua kepada kami yang hadir. Insyalalh saya akan coretkan dilain waktu. Selain itu, kami juga didedahkan dengan grooming sess...

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia

Imej
KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis. Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia. Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu. Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)." Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan. Azran turut menyifatkan ...

Seminar IMS 657

Imej
  Barisan Urusetia....Elek A (OBE)       Lelaki Melayu     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada urusetia program yang sudi memberi saya sedikit peluang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Buku Program sempena program Seminar Perundangan dan Etika Penggunaan Internet bagi Pelajar IPTA di Malaysia, 2013 pada kali ini. Alhamdulillah . Marilah kita sama – sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t   kerana dengan izinNya kami dapat menjayakan program tersebut dengan jayanya walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi dalam melaksanakan program tersebut. Untuk makluman semua, Program seminar yang dijalankan julung – julung kalinya ini diharapkan agar memberi manfaat buat semua peserta dan juga barisan urus setia dalam menimba ilmu baru dan juga pengalaman dalam menguruskan acara dan majlis. Selain itu, penganjuran seminar ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada pem...

Research di SALAM Shah Alam Specialist Hospital

Imej
  Alhamdulillah, saya dan rakan - rakan yang lain, Mohd Faizol bin Abdul Halim, Zulaikha Sofia Zulkifli dan Laily Syuhaida Safia selamat menjalankan Lawatan Sambil Belajar atau bahasa mudahnya Research bertempat di SALAM Shah Alam Specialist Hospital. Research yang bermula pada jam 2.35 petang telah selesai jam 4.30 petang. Alhamdulillah... Kalau nak diikutkan, saya ada dua research pada hari ini. Pertama di SALAM Hospital ini dan yang kedua di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Memandangkan jatuh pada tarikh dan masa yang sama, jadi saya memutuskan untuk ke SALAM Specialist Hospital dan rakan saya, Muhammad Asyraf akan ke MPSJ untuk menjalankan kajian bersama rakan - rakan sekumpulan yang lain. Kalau nak diikut hati, memang saya nak ikut dua - dua tempat tu, sebab lain tempat, lain pengalaman. Tapi, apa kan daya, terpaksa memilih antara dua. Hu3 Disana, kami mendapat pendedahan mengenai Pengurusan Rekod Perubatan yang telah dikongsikan kepada kami oleh En Syir...