Buat mengikut Keutamaan


Assalamualaikum W.B.T

Bila bosan melanda diri, blog menjadi penemannya. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Keutamaan yang perlu dibuat oleh kita menurut pandangan peribadi saya.

Ada perkara yang perlu didahulukan daripada perkara lain dan ada perkara yang perlu dikemudiankan. Segalanya bergantung pada diri sendiri. Orang putih kata "It's depend on yourself!". Sebagai contoh, baru dapat gaji untuk bulan 5 ni. Apa yang nak dibuat? Nak belanjakan semua atau simpan sedikit sebagai tabungan atau apa?? Apa yang anda ingin lakukan perlulah dirancang agar tidak menjadi masalah dikemudian hari.

Saya selalu bezakan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK. Rasanya dalam entri yang lepas ada disentuh berkenaan dengan dua perkara ini. Antara smartphone dengan bayar pinjaman PTPTN, yang mana menjadi keutamaan kita. Kalau dah ada telefon yang canggih, rasanya tak perlulah untuk tukar telefon lain. Kalau nak diikut zaman sekarang, zaman teknologi yang pantas berubah, memang tak terkejar. Hari ni model lain, esoknya dah keluar model lain dah. Berpada - padalah dalam berbelanja. Jangan terlalu boros dan jangan pulak terlalu kedekut sampai diri sendiri pun susah nak makan.

Zaman saya sekarang, memang banyak "cabaran" yang perlu ditangani dengan bijak untuk golongan muda seperti saya. Banyak duit diperlukan khususnya untuk bayar PTPTN, sewa rumah bagi yang menyewa, pelbagai jenis bil, bayar ansuran bulanan kenderaan bagi yang ada kenderaan, kos kehidupan yang semakin membeban antara perkara yang perlu diambil kira dalam kehidupan seharian. Itu belum lagi difikirkan tentang bajet kahwin dan rumah yang semestinya menjadi impian bagi semua belia seperti saya.

Pendek kata, semua perkara yang ingin dilakukan memerlukan banyak DUIT. Adat kata, kalau tak ada duit, memang susah. Tapi harus diingat bahawa kalau banyak duit pun, kalau belanja tak ikut keutamaan pun akan menimbulkan masalah dikemudian hari. Macam yang saya sebut diatas lah. Bergantung pada diri sendiri.

Pesanan kepada rakan yang sudah, sedang bekerja atau yang masih mencari pekerjaan seperti saya:

1. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keutamaan diri sendiri. Jangan terikut - ikut dengan nafsu dan kawan. Orang kata ukur baju dibadan sendiri.

2. Rancang perbelanjaan untuk tempoh sebulan bagi mereka yang sudah bekerja. Apa yang penting perlu didahulukan daripada perkara tidak penting. Bayar Pinjaman PTPTN lebih penting dari melancong.

3. Tuliskan perbelanjaan seharian anda. Apa yang dibelanjakan dan berapa jumlahnya seharian. Saya masih lagi mencatat perbelanjaan seharian saya sampai sekarang. Tujuannya untuk diaudit perbelanjaan nanti. Banyak mana perbelanjaan untuk makanan dan perkara - perkara lain untuk satu bulan boleh dikira nanti.

4. Bezakan antara barang atau perkara yang menjadi KEHENDAK dan mana yang menjadi KEPERLUAN. Barang keperluan ini merupakan perkara asas yang perlu ada untuk kelangsungan hidup seperti makanan, rumah dan sebagainya. Manakala, kehendak ini merupakan perkara sampingan yang diperlukan. Kalau tak ada pun tak mengapa seperti smartphone.

Semoga kita menjadi orang yang bijak berbelanja mengikut keutamaan masing - masing dan tidak menjadi masalah dihujung bulan nanti. Insyallah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan