Fattabiouni TVAH: Sunah Nabi dalam Kelahiran


Antara perkara yang Rasulullah s.a.w letakkan keutamaan yang tinggi adalah pada didikan untuk generasi yang akan datang. Baginda memikirkan didikan awal jauh dari luar batasan pemikiran manusia.

Nabi s.a.w menjadikannya suatu perkara yang penting sejak sebelum perkahwinan lagi semasa pemilihan calon Suami/Isteri, kemudian ketika proses mengandung dan juga semasa kelahiran dengan memastikan anak - anak yang lahir itu dikelilingi oleh adab - adab yang menjadikan kelahiran tersebut sebagai persiapan kepada anak itu untuk terpeliharan menjadi hamba Allah yang solleh, terpelihara dari gangguan syaitan, terhindar dari penyakit dalaman dan luaran yang mungkin menimpa manusia.

Baginda menyebut kepada kita bahawa syaitan mempermainkan anak yang baru dilahirkan dari rahim ibunya. Renungkan bagaimana dengan mengingati Allah ketika hamil boleh memelihara manusia dari syaitan dan kejahatannya.

Sunnah Pertama: Mengalunkan Azan Bayi

Supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didengarkan dengan zikrullah dan supaya ia menjadi pelindungan dari syaitan yang direjam. Azanlah ditelinga kanan, dan iqamat di telinga kiri.

Baginda bersabda bahawa bayi yang diazankan tidak akan diganggu oleh "ummu sibyan", sejenis syaitan yang dikhaskan untuk mengganggu bayi yang baru lahir.

Sunnah Kedua: Bertahnik

Sunnah Ketiga: Menamakan Bayi

Dinamakan bayi pada hari ke 7 kelahirannya. Menamakan bayi adalah sunnah penting. Nabi s.a.w bersabda: "Namakan mereka dengan nama para nabi." "Dan sebaik - baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman, semolek - moleknya adalah Haris dan Hamam, manakala seburuk - buruknya ialah Harb dan Murrah."

Sunnah Keempat: Bercukur

Disunatkan pada hari ke 7 kelahiran bayi untuk dicukur kepalanya sehingga habis. 

Sunnah Kelima: Menderma berdasarkan berat rambut bayi

Timbang rambut yang dicukur, kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Begitulah yang terkandung dalam riwayat. Namun, ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas, maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

Sunnah Keenam: Aqiqah

Menyembelih 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan 1 ekor kambing untuk anak perempuan. Disunatkan untuk menyediakan sembelihan tersebut dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya. Bermaksud, disunatkan berasa gembira atas kelahiran tersebut dan menjemput orang ramai.

Sunnah ketujuh: Berkhatan

Ia wajib kepada anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan.

# Sumber: Program Fattabiouni TV Alhijrah
# Moga bermanfaat kepada semua
# Jika ada salah silap, mohon teguran

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan