Bos vs Pemimpin
Assalamualaikum W.B.T
Macam biasa lah, bila tak ada isu atau benda yang nak dikongsikan sebagai entri di blog ini, memang terasa kosong. Ha3. Justeru, saya mencari - cari dalam laman Facebook dan terjumpalah gambar diatas. "Difference between Boss vs Leader".
Sebelum kita ulas lebih jauh, mari tengok apa beza antara Bos dan Pemimpin.
Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat:
Bos: Orang yang berkuasa, mengawal, mengarahkan atau memberi perintah kepada orang bawahan (pekerja dsbg), ketua, majikan [m/s 204].
Menurut Oxford Advanced Learner's Dictionary:
Leader: a person who leads a group of people, especially the head of a country, an organization etc.
Kalau dilihat dalam maksud perkataan tersebut, memang ada persamaan dari segi makna. Tetapi ianya berbeza dari segi sifatnya. Dua orang yang berbeza. Berdasarkan sedikit pengalaman yang ada, boleh dibezakan antara PEMIMPIN dan BOS.
Dalam pemerhatian saya selama lebih kurang 3 tahun di UiTM Kampus Puncak Perdana ni, saya boleh kenal antara orang yang boleh jadi bos dan jadi pemimpin. Sebab kita kan selalu berurusan dengan pelajar dalam urusan seharian. Sebab semua orang boleh jadi bos, tapi tak semua orang boleh jadi pemimpin.
Saya lebih suka jadi PEMIMPIN. Sebab boleh belajar banyak perkara dan saya lebih suka bekerja bersama - sama dan bukan setakat pandai mengarah sahaja....
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS