Salam Maulidur Rasul 1436H

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : Arab Quraisy

Agama : Islam

Tarikh Lahir : Hari Isnin 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah (Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal) Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : Anak tunggal [anak yatim].

Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : Thuwaibah [hamba Abu lahab], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu & Bapa : Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara & Emak Saudara Yang Memeluk Islam Hamzah, Al-A’bbas, Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 

• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Nabi : 

• Siddiq [benar],Amanah [jujur], Tabligh [menyampaikan], Fatanah [bijkasana].

Sifat-sifat Yang Mustahil:

• Kazib [dusta], Khianah [pecah amanah], Kitman [menyembunyikan], Baladah [bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : Al-Ummiy [tidak pandai membaca dan menulis].

Pekerjaan : 

• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul : Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :

• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 

• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 

• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis : Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 

• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu :

• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 

• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah :

• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah & Memeluk Islam : 

• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :

• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 

• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 

• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 

• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catatan Rekod Dunia : 

• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [Isra’ & Mi’raj].

Isteri Yang Paling Disayangi : ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup].

Anak Yang Paling Disayangi : Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 

• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 

• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 

• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

# Copy & Paste
# Maulidur Rasul 1436H

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan