Pantai Remis, Kuala Selangor
Assalamualaikum W.B.T
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 tahun 2014. Semoga negara kita berada dalam keadaan aman dan sejahtera hendaknya.
Seperti kebiasaan, kalau ada perkembangan terbaru dan kalau rajin ditambah dengan ada Internet Connection, maka saya akan mengemaskini status semasa di blog ini agar tidak bersawang.
27 Ogos 2014 yang lalu, kami bertiga berkunjung ke Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Saja - saja nak tengok pantai dan lepas stress penat bekerja. Ha3
Gambar yang disertakan ini merupakan antara gambar yang diambil semasa kunjungan sekitar jam 7.30 malam (waktu Maghrib). Air hitam dan tak sesuai sangat nak mandi sebab berlumpur. Dah tengok kawasan sekitar lebih kurang 15 minit, kami ke Masjid untuk menunaikan Solat Maghrib. Terima kasih kepada Saudara Azwan atas gambar ni (merangkap Jurugambar Tak Rasmi penulis)
Penulis memandang ke laut......hilang stress |
Rasa tenang dan hilang segala keresahan bila memandang laut dan dengan angin yang bertiup membawa ketenangan kepada kami.
Selesai menunaikan Solat Maghrib di masjid, kami ke Medan Selera Ikan Bakar Jeram. (Kalau dari Kuala Selangor, tempatnya sebelah kanan). Saja nak merasa makanan laut sini.
Saya dan Azwan makan Sotong (harga RM 37.00 sekilogram). Asyraf makan Ikan Cencaru & Ikan Pari. Hari tu ambil 6 ekor sotong dengan harga RM 4.00 seekor. Tak pe lah, mahal pun segar. Jarang - jarang boleh makan. Kalau selalu, memang tak maunya...
Usai makan dalam jam 10.00, kami bertolak pulang ke kuaters.
Nota: Kalau nak ke sana, taip je dekat Google "Medan Ikan Bakar Jeram", insyallah ada. Nak tengok gambar - gambar pun boleh tanya En Google atau En Yahoo!.
Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS