Cendol Borhan: Mesti Cuba!
Assalamualaikum W.B.T
Macam biasalah,
harap semua pembaca atau pelayar laman Blog ini sihat sejahtera hendaknya di
samping orang tersayang. Moga berada dalam rahmat-Nya selalu.
Insyallah hari ini
saya nak kongsikan berkenaan dengan Minum Petang kami di Cendol Borhan pada 25
Ogos 2014 yang lalu. Usai “menjalankan tugas” di pejabat, kami bertiga ke
Sungai Yu untuk merasai Cendol Borhan. Saya tak tahu lah alamat penuh kedai tu.
Dah berapa kali lalu jalan dari Pejabat Tanah ke Tanjung Karang, tapi belum
pernah berhenti untuk merasa Cendol Borhan.
Ikutkan papan
tanda kedai, resepi cendol yang diasaskan oleh En Borhan telah bermula sejak
1957 lagi. Mesti best lah kan.
Kami bertiga ke sana
selepas selesai Solat Asar. Saya makan Cendol Durian Pulut. Harganya berbaloi
jugak RM 3.00. Rasa pun sedap.
Memang terbaiklah.
Kepada yang nak
merasa, bolehlah ke Cendol Borhan
Penulis merasa Cendol Durian Pulut.....Gambar oleh Mohd Azwan |
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS