Kampung kunci air buang


Assalamualaikum W.B.T

Hari ini saya ingin kongsikan catatan penulis ke Kampung Kunci Air Buang, Tanjung Karang baru – baru ini.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 3 bulan berada di Kuala Selangor, saya berkesempatan berkunjung ke Tanjung Karang atau lebih tepat lagi ke Kampung Kunci Air Buang, Tanjung karang, suatu kawasan pertanian di Tanjung Karang. Mesti ada yang pelik bila pertama kali dengar nama Kampung Kunci Air Buang kan?

Kampung ini merupakan tempat tinggal kepada staf di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor iaitu En Sharudin atau lebih dikenali dengan nama Pak Din. Dia yang mengajak kami ke rumahnya di kampung tersebut, nak mancing udang galah katanya. Pada tanggal 7 September 2014 yang lalu, kami ke kampung tersebut. Saja nak jalan – jalan menikmati suasana pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Saya memang dah tengok sawah padi sejak kecil sebab saya berasal dari keluarga petani. Saja nak bandingkan padi Tanjung Karang dengan kampung sendiri.

Lepas zuhur, kami bertolak ke sana. Tak lah jauh sangat rumahnya, dalam lebih kurang 45 minit sahaja dari Kuaters yang kami tinggal.

Namun, tak ada rezeki kami nak merasa udang galah sebab dapat 3 ekor je udang galah. Tak pe lah tak dapat sebab dapat juga merasa buah cempedak yang ditanam pak din dirumahnya.

Kalau diurus dengan baik, kawasan ini boleh jadi salah satu dari kawasan pelancongan di Tanjung Karang bagi pelancong yang ingin melihat keindahan dan kehijauan sawah padi yang terbentang luas.

Memandangkan kami berkunjung kesana waktu kemerdekaan, ada kibaran bendera - bendera negeri yang dikibarkan diatas jambatan


Pemandangan Sawah Padi di Kampung Kunci Air Buang



Jeti Nelayan di Kampung Kunci Air Buang


Kunci Air untuk pengairan air ke sawah




Ulasan

Catat Ulasan

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan