Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

KETUA MESTI BERANI!!!

Imej
    Entri tak ada benda…. Kalau nak jadi ketua, mesti ada dua sifat keberanian. Tak nak sentuh banyak sebab semua orang dah tahu apa yang perlu ada sebagai seorang ketua. Ketua perlu BERANI dalam MENEGUR/Memberi Nasihat dan mesti BERANI untuk DITEGUR/Diberi Nasihat. Dua ciri ini saya rasa amat penting kepada seorang yang bergelar Ketua, tidak kira apa panggilan yang dipanggil dalam apa organisasi pun. Berani Menegur/Memberi Nasihat Sebagai Ketua atau selalu juga dipanggil sebagai Nakhoda, perlu bertanggungjawab kepada kumpulan yang dipimpinnya, sama ada dalam sebuah kumpulan, pemimpin masyarakat, pemimpin kerajaan dan sebagainya. Perlu berani untuk memberi teguran kepada ahlinya jika melakukan kesilapan dan kesalahan dengan penuh hikmah dan penuh beradab. Tapi, jangan cari kesalahan orang. Takut nanti terbuka aib orang lain yang boleh menyebabkan malu dan beroleh dosa. Berani untuk Ditegur/Dinasihat/Dikritik/Dikomen Kalau dah berani menegur ah...

Alkisah Budak Kecil

Imej
Assalamualaikum W.B.T cerita ini diceritakan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (PTKS) usai Majlis Bacaan Yaasin di Bilik Gerakan PTKS pada 12 September 2014 yang lalu. (Cerita berbeza dengan versi asal) Ada seorang budak lelaki membawa wang RM 1.00 ke sebuah kedai runcit dikampungnya untuk mmebeli gula – gula.  Sesampai di kedai tersebut, didapati wangnya sudah hilang dan budak tersebut menangis kerana wangnya hilang dan tidak dapat membeli gula – gula. Secara tidak sengaja, datang Pak Man yang kebetulan lalu di kedai tersebut. Dia memulakan bicara. Pak Man: Kenapa kamu menangis nak?, tanyanya kepada budak itu. Budak: Duit saya hilang….RM 1.00, katanya sambil mengesat air mata. Tanpa berlengah, Pak Man tersebut mengeluarkan wang RM 1.00 dan memberinya kepada budak tersebut. Namun, amat menghairankan kerana lagi kuat budak itu menangis. Pelik bin ajaib. Berkerut dahinya melihatkan perangai bidak tersebut. P...

Kerana Nila Setitik…

Imej
Assalamualaikum W.B. T Semoga semua pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan dapat berkongsi pandangan dengan saya dalam blog ini. Pernah dengar pepatah “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Pepatah ini amat sesuai dengan apa yang nak dikongsikan pada entri kali ini tentang kebocoran kertas Peperiksaan UPSR tahun 2014. Amat mengejutkan semua pihak khususnya mereka yang berada dalam bidang pendidikan apabila kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains didapati dibocorkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai pihak mendesak agar dikenakan tindakan yang keras terhadap mereka yang didapati membocorkan kertas peperiksaan tersebut.  Disebabkan oleh perbuatan yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab oleh beberapa orang itu, menyebabkan semua guru terkesan. Umpama seekor kerbau membawa lumpur, habis terkena lumpur semuanya… Sama lah jugak dengan mereka yang terlibat dalam badan beruniform. Tak semua yang berperangai...

Kampung kunci air buang

Imej
Assalamualaikum W.B.T Hari ini saya ingin kongsikan catatan penulis ke Kampung Kunci Air Buang, Tanjung Karang baru – baru ini. Alhamdulillah, setelah lebih kurang 3 bulan berada di Kuala Selangor, saya berkesempatan berkunjung ke Tanjung Karang atau lebih tepat lagi ke Kampung Kunci Air Buang, Tanjung karang, suatu kawasan pertanian di Tanjung Karang. Mesti ada yang pelik bila pertama kali dengar nama Kampung Kunci Air Buang kan? Kampung ini merupakan tempat tinggal kepada staf di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor iaitu En Sharudin atau lebih dikenali dengan nama Pak Din. Dia yang mengajak kami ke rumahnya di kampung tersebut, nak mancing udang galah katanya. Pada tanggal 7 September 2014 yang lalu, kami ke kampung tersebut. Saja nak jalan – jalan menikmati suasana pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Saya memang dah tengok sawah padi sejak kecil sebab saya berasal dari keluarga petani. Saja nak bandingkan padi Tanjung Karang dengan kampung sendiri. Lep...

Kelip - Kelip Kampong Kuantan, Kuala Selangor

Imej
Assalamualaikum W.B.T. Semalam (10 September 2014), saya dan azwan "dijemput dan ditaja" melihat Kelip - Kelip di Kampong Kuantan, Kuala Selangor. Dijemput dan ditaja oleh sepasang suami isteri yang bertanggungjawab menguruskan kerja kami di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Kelip - Kelip atau kunang - kunang merupakan antara produk tarikan pelancongan di Kuala Selangor. Terletak di Kampong Kuantan, bayaran nak tengok kelip - kelip dengan menaiki bot adalah RM 50.00 (kalau tak silap). Semalam, lebih kurang dalam 25 minit kami melihat kelip - kelip. Kalau nak tengok kelip - kelip yang banyak, pergi masa bulan gelap. Kalau cerah, tak banyak kelip - kelip la. Alhamdulillah, semalam dapat tengok banyak jugak. Kepada yang berminat, sila berkunjung ke sini untuk menyaksikan sendiri Kelip - kelip Kampong Kuantan. Pokok Berembang: Sumber makanan kelip - kelip Info Kelip - kelip di Jeti 

Pantai Remis, Kuala Selangor

Imej
Assalamualaikum W.B.T Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 tahun 2014. Semoga negara kita berada dalam keadaan aman dan sejahtera hendaknya. Seperti kebiasaan, kalau ada perkembangan terbaru dan kalau rajin ditambah dengan ada Internet Connection,  maka saya akan mengemaskini status semasa di blog ini agar tidak bersawang. 27 Ogos 2014 yang lalu, kami bertiga berkunjung ke Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Saja - saja nak tengok pantai dan lepas stress penat bekerja. Ha3 Gambar yang disertakan ini merupakan antara gambar yang diambil semasa kunjungan sekitar jam 7.30 malam (waktu Maghrib). Air hitam dan tak sesuai sangat nak mandi sebab berlumpur. Dah tengok kawasan sekitar lebih kurang 15 minit, kami ke Masjid untuk menunaikan Solat Maghrib. Terima kasih kepada Saudara Azwan atas gambar ni (merangkap Jurugambar Tak Rasmi penulis) Penulis memandang ke laut......hilang stress Rasa tenang dan hilang segala keresahan bila memandang laut dan dengan a...

Cendol Borhan: Mesti Cuba!

Imej
Assalamualaikum W.B.T Macam biasalah, harap semua pembaca atau pelayar laman Blog ini sihat sejahtera hendaknya di samping orang tersayang. Moga berada dalam rahmat-Nya selalu. Insyallah hari ini saya nak kongsikan berkenaan dengan Minum Petang kami di Cendol Borhan pada 25 Ogos 2014 yang lalu. Usai “menjalankan tugas” di pejabat, kami bertiga ke Sungai Yu untuk merasai Cendol Borhan. Saya tak tahu lah alamat penuh kedai tu. Dah berapa kali lalu jalan dari Pejabat Tanah ke Tanjung Karang, tapi belum pernah berhenti untuk merasa Cendol Borhan. Ikutkan papan tanda kedai, resepi cendol yang diasaskan oleh En Borhan telah bermula sejak 1957 lagi. Mesti best lah kan. Kami bertiga ke sana selepas selesai Solat Asar. Saya makan Cendol Durian Pulut. Harganya berbaloi jugak RM 3.00. Rasa pun sedap.  Memang terbaiklah. Kepada yang nak merasa, bolehlah ke Cendol Borhan Penulis merasa Cendol Durian Pulut.....Gambar oleh Mohd Azwan