Throwback: Arkib Negara Malaysia (NAM)
Assalamualaikum W.B.T
Disebabkan tidak ada apa - apa yang nak diupdate di blog ini, maka kenangan lama menjadi pilihan untuk dikongsikan dengan pembaca (yang nak membaca blog ini lah). Dalam koleksi gambar di komputer riba saya ini, masih tersimpan kenangan gambar kami sekelas membuat Penyelidikan di Arkib Negara Malaysia Jalan Duta sekitar tahun 2011 bagi menyiapkan tugasan berkumpulan dalam subjek IMR 455 (Managing Archives). Kumpulan saya terdiri dari 5 orang ahli yang terdiri dari:
- Muhammad Syawal bin Mat Ghani
- Mohd Fazli bin Mahazan
- Mohd Faizol bin Abdul Halim
- Nur Ilani bt Osman
- Laily Syuhaida bt Safia
Kami ke sana dengan kereta sewa yang disewa dari Apai, memang pemilik kereta yang disewa oleh pelajar di UiTM Puncak Perdana untuk menjalankan tugasan luar masing - masing. Dipendekkan cerita, kami bersama - sama rakan yang lain kesana untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan yang memerlukan kami melakukan penyelidikan di Arkib. Ada yang sewa kereta, ada yang pergi dengan kereta sendiri dan ada juga yang ke sana dengan pengangkutan awam. Kumpulan saya memilih tajuk Tragedi Bukit Kepong sebagai tugasan akhir kami.
Berehat sebentar selepas selesai penyelidikan |
Antara sahabat sekelas yang ke Arkib untuk penyelidikan |
Dah siap pilih bahan yang diperlukan dan sebagainya, kami dengan rakan yang lain berjalan - jalan di sekitar The Curve sebelum balik ke asrama.
Final Presentation
Dah siap semua, kena lah present kepada pensyarah.
Gambar presentation group saya Antara bahan yang diambil dari Arkib Negara Malaysia berkenaan dengan Tragedi Bukit Kepong |
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS