Kenangan Waktu Belajar


Lunch selepas kelas
Assalamualaikum W.B.T

Hari ini, saya nak kongsikan dengan semua tentang kenangan waktu belajar yang menjadi memori terindah bagi saya selama ini. Dan saya pasti rakan - rakan yang lain pun sama. Ada kenangan masing - masing sewaktu dibangku persekolahan samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. 

Semua kenangan itu tidak mungkin akan dapat diulang kembali kerana masa lalu adalah sejarah yang tidak boleh diputarkan semula. Dan andai kata masa itu boleh diputar, akan ku putar semula agar kenangan indah itu akan dapat dinikmati semula...

Mana tak seronok masa belajar dulu. Makan sekali, pergi ke kelas sekali, buat program sekali, study group, meeting group assignment dan banyak lagi perkara yang dilakukan bersama - sama. Gambar diatas tu adalah salah satu gambar kami makan tengahari bersama lepas kelas masa semester 2 kalau tak silap. Memang selalu je kami makan sekali lepas kelas atau makan malam waktu belajar dulu. Sebab tinggal serumah dalam kolej. 

Lagi satu, boleh dikatakan setiap malam ada perbincangan dengan kumpulan assignment masing - masing. Kadang - kadang ada 2/3 perbincangan kumpulan yang berbeza yang perlu dihadiri dalam satu malam. Walaupun letih, lapar dan tidur lewat, tapi seronok. Mungkin sebab persekitaran belajar yang menyeronokkan. Telefon bimbit memang sering menerima panggilan, mesej dan facebook juga aktif.

Kami sekelas banyak kali buat program luar. Antara yang masih saya ingat adalah Lawatan Akademik Ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka, Lawatan ke Rumah Anak Yatim di Langkawi dan ke Arkib Negara Malaysia. Kami juga pernah makan malam sekali di Steamboat masa semester last 2013. Dalam perbincangan untuk buat program, ada gaduh - gaduh, ada suka - suka. Tak boleh nak tegas sangat. Dan dalam ramai - ramai ahli kelas, ada juga yang tak ngam antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Menjadi cabaran waktu nak susun jawatankuasa. Ada yang tak suka dengan dia ni. Pening kepala dibuatnya. Tetapi, akhirnya berjaya jugak program yang dirancang.

Namun, kini masing - masing bawa arah sendiri. Ada yang sudah bekerja dan sebagainya. Mereka dalam dunia sendiri. Agak susah nak bersembang seperti masa belajar dahulu disebabkan kekangan yang dihadapi oleh diri masing - masing. Facebook pun berapa orang je yang masih aktif. Mungkin ini lah lumarah kehidupan.

Saya harap sangat kami boleh kumpul semula satu kelas buat reunion suatu hari nanti...

Kenangan mempengerusikan Mesyuarat JPK Jasmine masih diingatan



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan