Berkhidmat di Negeri Orang




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik sempena untuk menyambut kedatangan Tetamu Agung Umat Manusia iaitu Ramadhan Kareem. Semoga kita diberikan kesihatan yang sempurna dan baik untuk menjalani ibadat puasa dalam keadaan yang sihat dan beroleh puasa yang lebih baik dari puasa tahun lepas. Insyallah.

Dah lama tak kongsikan entri terbaru dalam blog ini. Maklumlah, agak sibuk sikit dengan kerja sementara di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Ditambah pula dengan tak ada internet connection yang boleh digunakan.

Alhamdulillah, saya bersama dengan rakan baik saya, Mohd Azwan dan Muhammad Asyraf berkesempatan bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Unit Pendaftaran, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor ni dengan bayaran RM 54.00 sehari sepanjang kami bekerja di sini. Walaupun tak banyak sangat gaji, namun, pengalaman kerja tu yang paling utama. Insyallah, kami akan bekerja di sini selama lebih kurang sebulan bermula 16 Jun 2014 – 14 Julai 2014 nanti.

Sepanjang bekerja ni, kami menyewa di Kuaters Majlis Daerah Kuala Selangor yang terletak tak jauh dari tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerja dari kuaters mengambil masa kurang 10 minit sahaja. Kalau bawak motor laju, dalam 5 minit sampailah. masalah utama yang kami hadapi adalah tak ada pengangkutan. Nasib baik asyraf ada motor, boleh ulang-alik hantar ke pejabat masa datang pagi dan balik petang. kadang kala, kami tukar – tukar jugak turn.

Alhamdulillah, semua staf di Unit Pendaftaran Wing B khususnya memang mesra dan baik. Memang penyayang sebab selalu tanya “dah minum ke?, dah makan ke?”. Soalan yang akan ditanya boleh dikatakan setiap hari. Makanan dan minuman tak usah cerita lah. ada je makanan pagi. Jamuan, makan KFC, makan nasi lemak antara menu yang pernah dijamu kepada kami. Sampai ada staf di sana cakap “kalau tak bulan puasa, korang dah gemuk. asyik makan je”. Masuk hari ni, dah lebih kurang dua minggu kami berada disini. Masih berbaki 2 minggu lagi untuk menyelesaikan tugasan di sana. Insyallah, ada rezeki boleh sambung kontrak. Amin.

Insyallah, setakat yang boleh, kami akan bantu sedaya upaya kami dalam menyelesaikan masalah di Unit Pendaftaran.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan