Salam Maulidur Rasul 1435H


Biodata Kekasih Allah

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fakhri bin Malik bin Al Nadlar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazaar bin Mu’ad bin Adnan, nasabnya bersambung kepada Ismail bin Ibrahim.

Nama Ibunya: Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zahrah bin Hakim.

Nama Ayahnya: Abdullah bin Abdul Muthalib

Tarikh Lahir: Isnin, 12 Rabiul Awwal Tahu Gajah/ 20 April 571 M
Menurut ahli Ilmu Falaq Mesir, Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah pada tanggal 9 Rabiul Awwal Tahun Gajah/ 20 April 571 M.

Penyusuan: Baginda disusui oleh ibunya selama 3 hari, kemudian oleh Suwaibah Al Aslamiah dan selepas itu disusui oleh Halimah As Sa’diyah dari Bani Sa’ad, Kabilah Hawazin hingga berusia 4 tahun. Kemudian baginda diserahkan kembali kepada ibunya setelah berusia 5 tahun.

Datuk: Abdul Muthalib

Bapa Saudara: Abu Thalib

Perkahwinan: Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuwailid. Ketika itu, umur Nabi adalah 25 tahun dan Siti Khadijah berumur 40 Tahun. Bilangan isteri Nabi adalah 9 Orang.

Anak: 7 Orang

  1. Sayidina Qasim
  2. Saidatina Zainab
  3. Saidatina Rokiah
  4. Saidatina Fatimah
  5. Saidatina Ummi Kalsum
  6. Sayidina Abdullah
  7. Sayidina Ibrahim
Gelaran: Al Amin (orang yang dipercayai, amanah)

Tempat Lahir: Makkah Al Mukarramah

Tempat Wafat: Madinah Al Munawwarah (diusia 63 tahun)

Sifat Terpuji: Siddiq (benar), Amanah, Tabligh (menyampaikan) dan Fathonah (bijaksana).

Andai ada kesalahan dalam penulisan, mohon pencerahan dan komen. 

Insyallah bermanfaat buat semua..

Sumber Rujukan:
  • Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w oleh Abu Hasan Ali Al Hasany An Nadwy
  • Menyingkap Kisah 25 Nabi/ Rasul Lewat Al Quran oleh Maftuh Ahnan dan Labib M.Z (Penerbit ANUGERAH Surabaya).
  • Sirah An Nabawiyah 1 oleh Sheikh Hassan Ali Nadwi Al Husaini.
  • Ulangkaji Pendidikan Islam PMR oleh SASBADI.
  • kitab Pati Faridah Al Faraidh

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan