Kisah di Majlis Ilmu


Assalamualaikum dan Selamat Pagi....

Saya dah lama sebenarnya nak update post pasal gelagat di majlis ilmu yang diadakan di masjid yang pernah saya hadiri. Semoga post ini boleh memberikan sedikit pencerahan untuk semua.

Bila diperhatikan dalam majlis ilmu, boleh dikatakan dalam 90% yang hadir merupakan warga emas atau mereka yang sudah pencen daripada jawatan kerajaan atau swasta. Ini adalah suatu keadaan yang biasa dalam negara ini. Tapi, bukan itu yang ingin dipersoalkan disini..


Yang ingin dipersoalkan adalah tentang ada "ustaz yang berkuliah luar daripada kuliah sebenar".. Atau dalam kata lain ada majlis dalam majlis. Memang, kalau kita lihat, banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu, khususnya dalam ilmu agama ini. Apa yang saya lihat yang sering berlaku dimajlis - majlis ilmu adalah ada sesetengahnya yang suka berborak - borak mengenai perkara lain daripada fokus kepada ilmu yang disampaikan oleh penceramah.  

Ada juga yang berborak mengenai ilmu, yang pada pandangan mata kasar agak baik. Cuma pada pandangan saya memang agak kurang sopan dan kurang beradab lah kalau bercakap - cakap semasa orang lain sedang bercakap, lebih - lebih lagi dalam menyampaikan ilmu agama.

Cuma, kalau nak tegur agak susah sebeb mereka ini merupakan golongan yang agak sensitif dalam menerima teguran. Ada cara yang terbaik yang perlu dilakukan untuk menegur mereka. Diharapkan melalui perkongsian ini, kita sama - sama jaga adab semasa menuntut ilmu, lebih -lebih lagi dalam mencari ilmu berkaitan akhirat ini. Jangan dilakukan perkara yang sia - sia dalam majlis ilmu. Takut - takut tak dapat pahala, malah yang dapat dosa.

Majlis Ilmu = Bagus/Baik/Dituntut/Beroleh Rahmat
Fokus + Tidak bercakap - cakap = Dapat Pahala
Bercakap - cakap + Tak menghadiri majlis ilmu = Rugi

Kekalkan adab dalam menuntut Ilmu. Insyallah beroleh kebaikan nanti...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan