Kelebihan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w:

Kelebihan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w:
Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh kita sebagai mencintai Nabi s.a.w adalah dengan memperbanyakkan selawat. Tidak hanya berselawat dalam bulan Rabiul Awwal sahaja, malahan boleh dilakukan pada bila - bila masa.
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
- Mendapat maghfirah dan syafaat pada hari Akhirat.
- Selamat dari kepapaan dan kesusahan dunia.
- Cahaya pada hari Akhirat.
- Mendapat tempat yang paling hampir dengan Rasulullah s.a.w pada hari Akhirat.
- Menjadi orang yang paling mulia di hari Akhirat.
- Selawat akan menghilangkan penderitaan dan kesusahan.
- Penawar mujarab bagi menghapuskan kesusahan dan penderitaan hidup.


Sumber: Risalah “Selawat Ke atas Nabi” oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS