Catatan Temuduga 23 Januari



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih lagi mengikuti saya di blog ini. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah, hari ini saya bersama - sama dengan 2 orang sahabat yang lain (Mohd Fazli bin Mahazan dan Mohd Faizol bin Abdul Halim) dipanggil untuk temuduga bertempat di Prism Integrated di Bukit Jelutong. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar pada pagi tadi.

Insyallah, ada rezeki akan ada lah nanti. Ada beberapa perkara yang dipesan oleh panel penemuduga kami tadi ketika sesi interview. Ini adalah antara ciri yang diperlukan oleh mereka dalam kerja.

1. Komited dan bertanggungjawab dengan kerja yang diberikan.

2. Datang awal dan pulang lewat. Kadang kala bos nak panggil kita pada saat akhir waktu kerja. Mesti bersedia lah. 

3. Mereka juga ada tanya tentang boleh bangun awal ke tidak dan ada awek ke belum?. Memang boleh bangun awal dan tak ada awek lagi. Itu je jawapan saya. Sebab ada kes bila ada awek dan tak boleh bangun awal ni prestasi kerja akan berkurangan.

4. Tepati masa bila bekerja dan bila ada temujanji dengan orang/ client. Hantar report kena on time, jangan lengah - lengahkan kerja.

5. Attitude kena jaga. Jangan campur adukkan masalah dengan kerja. Kerja boleh ditrain. diajar tetapi attitude susah nak bentuk.

Itu antara pesanan kepada kami semasa sesi interview tadi. Semoga berguna buat semua.

Doakan kami berjaya dapat jawatan itu. Insyallah ada rezeki nanti....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan