Komunikasi dalam Temu duga



Komunikasi dalam Temu duga


Temu duga: merupakan satu proses komunikasi yang berlaku bertujuan untuk mencari dan mengenal pasti calon – calon yang layak untuk menjawat sesuatu jawatan, untuk kenaikan pangkat, untuk mendapat biasiswa dan sebagainya.

Fakta penting:
  • 90% peserta temu duga tidak bersedia atau sambil lewa:

Menghadapi temu duga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya.
  • Kekurangan pengetahuan dan pendedahan:

Pendedahan tentang teknik menghadiri temu duga perlu dicari oleh individu yang ingin menghadiri temu duga.
  • Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan:

Adalah penyebab utama peserta temu duga hilang idea semasa bercakap di hadapan panel.
  • Penampilan diri yang salah:

Menyebabkan peserta temu duga gagal diterima.

Persediaan menghadapi temu duga
  1. Pastikan tempat, masa temu duga, nama penemu duga dan cara menyebut namanya serta panggilan yang perlu dipanggil.
  2. Mencari maklumat mengenai jawatan atau syarikat yang berkaitan.
  3. Cari maklumat bagaimana majikan atau panel temu duga akan tertarik dengan kelayakan yang anda peroleh.
  4. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
  5. Menyusun dokumen sokongan yang ingin dibawa dengan baik.
  6. Mengetahui ciri – ciri pekerja yang diingini oleh majikan.
  7. Ketahui bentuk soalan yang sering ditanya semasa temu duga.
  8. Menyediakan jawapan bagi soalan yang akan dikemukakan.
  9. Bersedia dari segi mental dan fizikal.
  10. Penampilan diri yang baik.
  11. Latihan di depan cermin.
  12. Banyakkan berdoa.
Soalan yang sering ditanya ketika sesi temu duga:
  1. Terangkan secara ringkas tentang diri anda.
  2. Nyatakan kekuatan dan kelemahan diri anda?.
  3. Apakah matlamat anda?.
  4. Terangkan perancangan anda untuk jangka masa 5 – 10 tahun?.
  5. Apakah pengalaman yang anda ada kaitan dengan kerjaya yang dipohon.
  6. Bagaimana anda menghadapi masalah.
  7. Apakah kelayakan anda untuk menjawat jawatan ini?.
  8. Kenapa anda berminat dengan kerjaya ini dan apa yang anda tahu tentang organisasi ini?.
  9. Kenapa saya harus menawarkan jawatan ini kepada anda?.

Faktor kegagalan dalam temu duga.

Antara faktor kegagalan dalam sesi temu duga adalah:
  1. Tiada perancangan dalam temu duga.
  2. Komunikasi yang tidak baik, gagal menjawab soalan, sukar mengemukakan sesuatu jawapan yang baik.
  3. Tiada kelayakan dengan jawatan yang dipohon.
  4. Tidak mempunyai pengetahuan tentang organisasi.
  5. Penampilan yang keterlaluan, agresif dan tidak menarik.
  6. Hanya menunjukkan minat terhadap wang dan faedah.
  7. Tidak menunjukkan minat dan kesungguhan.
  8. Tidak menepati masa.
  9. Dokumen tidak disusun dengan kemas dan teratur.
  10. kurang pengetahuan tentang isu semasa.
Penilaian semasa temu duga

Lazimnya, perkara berikut dinilai dalam temu duga:
  1. Paras rupa fizikal.
  2. Kekemasan dan cara berpakaian.
  3. Tingkah laku semasa sesi temu duga.
  4. Perlakuan am, kesopanan, gaya dan ketenangan semasa sesi temu duga.
  5. Kepetahan bertutur.
  6. Tenang, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.
  7. Keyakinan.
  8. Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.
  9. Kewibawaan.
  10. Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah.
  11. Motivasi.
  12. Kesungguhan, penyertaan dalam perbincangan.
  13. Pembawaan.
  14. Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas dan berupaya mengawal emosi.
  15. Kecerdasan.
  16. Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, membina dan berfikiran logik.
  17. Pengetahuan.
  18. Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman.

Sumber: Rosli Abdullah, Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan, 2010.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan