Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Komunikasi dalam Temu duga

Imej
Komunikasi dalam Temu duga Temu duga: merupakan satu proses komunikasi yang berlaku bertujuan untuk mencari dan mengenal pasti calon – calon yang layak untuk menjawat sesuatu jawatan, untuk kenaikan pangkat, untuk mendapat biasiswa dan sebagainya. Fakta penting: 90% peserta temu duga tidak bersedia atau sambil lewa: Menghadapi temu duga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya. Kekurangan pengetahuan dan pendedahan: Pendedahan tentang teknik menghadiri temu duga perlu dicari oleh individu yang ingin menghadiri temu duga. Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan: Adalah penyebab utama peserta temu duga hilang idea semasa bercakap di hadapan panel. Penampilan diri yang salah: Menyebabkan peserta temu duga gagal diterima. Persediaan menghadapi temu duga Pastikan tempat, masa temu duga, nama penemu duga dan cara menyebut namanya serta panggilan yang perlu dipanggil. Mencari maklumat mengenai jawatan...

Catatan Temuduga 23 Januari

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih lagi mengikuti saya di blog ini. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah, hari ini saya bersama - sama dengan 2 orang sahabat yang lain (Mohd Fazli bin Mahazan dan Mohd Faizol bin Abdul Halim) dipanggil untuk temuduga bertempat di Prism Integrated di Bukit Jelutong. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar pada pagi tadi. Insyallah, ada rezeki akan ada lah nanti. Ada beberapa perkara yang dipesan oleh panel penemuduga kami tadi ketika sesi interview. Ini adalah antara ciri yang diperlukan oleh mereka dalam kerja. 1. Komited dan bertanggungjawab dengan kerja yang diberikan. 2. Datang awal dan pulang lewat. Kadang kala bos nak panggil kita pada saat akhir waktu kerja. Mesti bersedia lah.  3. Mereka juga ada tanya tentang boleh bangun awal ke tidak dan ada awek ke belum?. Memang boleh bangun awal dan tak ada awek lagi. Itu je jawapan saya. Sebab ada kes bila ad...

Kisah di Majlis Ilmu

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.... Saya dah lama sebenarnya nak update post pasal gelagat di majlis ilmu yang diadakan di masjid yang pernah saya hadiri. Semoga post ini boleh memberikan sedikit pencerahan untuk semua. Bila diperhatikan dalam majlis ilmu, boleh dikatakan dalam 90% yang hadir merupakan warga emas atau mereka yang sudah pencen daripada jawatan kerajaan atau swasta. Ini adalah suatu keadaan yang biasa dalam negara ini. Tapi, bukan itu yang ingin dipersoalkan disini.. Yang ingin dipersoalkan adalah tentang ada "ustaz yang berkuliah luar daripada kuliah sebenar".. Atau dalam kata lain ada majlis dalam majlis. Memang, kalau kita lihat, banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu, khususnya dalam ilmu agama ini. Apa yang saya lihat yang sering berlaku dimajlis - majlis ilmu adalah ada sesetengahnya yang suka berborak - borak mengenai perkara lain daripada fokus kepada ilmu yang disampaikan oleh penceramah.   Ada juga yang ...

Kelebihan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w:

Imej
Kelebihan Selawat ke atas Rasulullah s.a.w: Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh kita sebagai mencintai Nabi s.a.w adalah dengan memperbanyakkan selawat. Tidak hanya berselawat dalam bulan Rabiul Awwal sahaja, malahan boleh dilakukan pada bila - bila masa.  “ Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak ).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.] Mendapat maghfirah dan syafaat pada hari Akhirat. Selamat dari kepapaan dan kesusahan dunia. Cahaya pada hari Akhirat. Mendapat tempat yang paling hampir dengan Rasulullah s.a.w pada hari Akhirat. Menjadi orang yang paling mulia di hari Akhirat. Selawat akan menghilangkan penderitaan dan kesusahan. Penawar mujarab bagi menghapuskan kesusahan dan penderitaan hidup. Sumber: Risalah “Selawat Ke atas Nabi” oleh Jabatan Hal   Ehwal Isl...

Salam Maulidur Rasul 1435H

Imej
Biodata Kekasih Allah Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fakhri bin Malik bin Al Nadlar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazaar bin Mu’ad bin Adnan, nasabnya bersambung kepada Ismail bin Ibrahim. Nama Ibunya: Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zahrah bin Hakim. Nama Ayahnya: Abdullah bin Abdul Muthalib Tarikh Lahir: Isnin, 12 Rabiul Awwal Tahu Gajah/ 20 April 571 M Menurut ahli Ilmu Falaq Mesir, Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah pada tanggal 9 Rabiul Awwal Tahun Gajah/ 20 April 571 M. Penyusuan: Baginda disusui oleh ibunya selama 3 hari, kemudian oleh Suwaibah Al Aslamiah dan selepas itu disusui oleh Halimah As Sa’diyah dari Bani Sa’ad, Kabilah Hawazin hingga berusia 4 tahun. Kemudian baginda diserahkan kembali kepada ibunya setelah berusia 5 tahun. Datuk: Abdul Muthalib Bapa Saudara: Abu Thalib Perkahwinan...

Betul lah apa orang kata....

Imej
Betul lah apa yang orang kata.... Bila dah habis persekolahan atau pengajian, memang susah nak jumpa dan contact kawan - kawan yang dulunya sentiasa bersama - sama kita... Inilah lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar.  Kalau dulu, semasa berada disekolah rendah atau menengah, kita sama - sama belajar, makan bersama dan buat segala macam aktiviti bersama.. Kalau dulu, semasa si Universiti, kita belajar bersama, makan bersama dan segalanya dibuat bersama... Tapi sekarang, masa dan keadaan sudah berubah... Masing - masing membawa diri, mengikut haluan masing - masing.... Ada yang sudah bekerja, ada yang sudah berkahwin...... Bilakah kita akan bersua kembali? Mengimbau kenangan pahit manis di kala pengajian dulu? Hanya masa akan menentukan nanti... "Ya Allah, selamatklah dan sihatkanlah rakan - rakanku..Bahagiakanlah mereka dan hubungkanlah ikatan silaturahim antaraku dengan mereka. Jangan putuskan ikatan ini Ya Allah"... Amin

Peristiwa yang berlaku dalam Hari - Hari Islam

Imej
Dalam Kalender Islam (Hijriah), nama hari - hari yang tujuh itu ialah: Ahad ertinya satu, Isnin ertinya dua, Selasa ertinya tiga, Rabu ertinya empat, Khamis ertinya lima, Jumaat ertinya berhimpun dan Sabtu ertinya memotong. Adapun peristiwa yang berlaku dalam hari yang tujuh ini mengikut sejarah Islam adalah seperti berikut: Ahad Allah menjadikan Alam ini. Allah menjadikan bintang - bintang dilangit. Allah menjadikan neraka. Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh langit. Allah menjadikan tujuh jenis lautan. Allah menjadikan tujuh anggota manusia. Isnin Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit. Nabi Musa mengunjungi Bukit Thur Sina. Bukti keesaan Allah diturunkan. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w wafat. Selasa Nabi Yahya telah dibunuh. Nabi Zakaria telah dibunuh. Tukang - tukang sihir firaun ditewaskan. Asiah, isteri firaun mati telah dibunuh. Lembu Kaum Bani Israi...

Mereka yang mendapat Perlindungan Allah di Padang Masyar

Imej
Sabda Nabi s.a.w: " Tujuh golongan manusia dilindungi Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya, mereka ialah: 1. Pemimpin (Imam) yang adil. 2. Pemuda yang hidup dalam mentaati Allah. 3. Lelaki yang sentiasa mengingati masjid untuk beribadat. 4. Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 5. Lelaki yang menolak pujukan seorang perempuan cantik dan mempunyai kedudukan yang tinggi (berpangkat). Disamping itu, dia berkata "sesungguhnya aku takutkan Allah". 6. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebohkan sedekahnya itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya. 7. Lelaki yang sentiasa menyebut (berzikir) nama Allah secara bersembunyi, maka ketika itu mengalirlah air matanya. Marilah kita sama - sama memposisikan diri kita dalam kelompok ini. Semoga beroleh rahmat dari Ilahi.. Insyallah..

Apa yang remaja kena tahu???

Imej
Antara pesanan Ustaz Abdullah Khairi kepada Remaja. Semoga bermanfaat... 1. Remaja perlu belajar  dan tahu untuk jadi IMAM solat 2. Pandai Baca Doa selepas solat 3. Pandai Solat Jenazah 4. Pandai mengetuai Tahlil Jenazah 5. Pandai Baca Doa Tahlil Semoga kita sama - sama belajar untuk menjadi seperti yang dipesan oleh Ustaz Abdullah Khairi. Insyallah dimana sahaja kita berada, masyarakat akan beroleh manfaatnya bila kita mempunyai ILMU. Tiada istilah pencen dalam menuntut ILMU AGAMA...

The Best And Worst Colors To Wear To A Job Interview

Imej
What you choose to wear communicates a lot about who you are and how you see yourself. So in the all-important job interview, what colour should you wear to make a great first impression? According to 2,099  hiring managers and human resource professionals who participated in CareerBuilder's recently published survey, blue and black are the best colours to wear to a job interview, and  orange is the worst . Conservative colours, such as  black, blue, gray, and brown, seem to be the   the safest bet when meeting someone for the first time in a professional setting, whereas colours that signal more creativity, like orange, may be too loud for an interview . Black: Leadership  Black can be seen as unapproachable, but if you wear it correctly, it can also "communicate glamour, sophistication, exclusivity," says branding expert Karen Haller. Black is a colour that is taken seriously. Consider brands such as  Chanel and ...

2014: Catatan Awal

Imej
Hari ini, 1 Januari 2014, Semacam semalam bertemu dengan tahun 2013, Kengan pahit manis dilalui setahun lalu, Namun, ia telah pergi meninggalkan kita. Semalam, Tahun 2013, Meninggalkan kita dengan penuh sejarah, Yang akan dikenang selamanya, Tersemat indah dalam kamus hidup semua, Harapan tahun baru, Agar menjadi yang terindah, Biarlah hari ini lebih baik dari semalam, Biarlah tahun ini lebih baik dari tahun semalam... Insyallah, Bersama panjatkan Doa pada Allah.