Walimahtul Urus


Assalamualaikum. Nampak kad jemputan kat atas??? Tentulah saya nak update pasal kenduri kahwin abang kepada sahabat baik saya, Muhammad Asyraf bin Ahmad Royali yang selamat berlangsung pada hari ini.

Saya bersama beberapa orang rakan lain menghadiri majlis kenduri tersebut tengahari tadi. Antara yang ikut serta ialah Raihana, Murni, Aidil, Farida, Fariha, Razali, Bob dan Fazli. Acap ajak semua datang, tetapi masing - masing ada urusan. Jadi, kami sahajalah yang dapat datang.

Nak pergi rumah Asyraf memang agak susah. Maklumlah, tak berapa biasa lagi dengan laluan di Kuala Lumpur ni walaupun dah dekat 3 tahun merantau di Selangor ni. Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai walaupun sesat seketika. Kami berhubung melalui peta dan arahan dari razali je. Bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan...

Sekitar gambar kenduri.......layan....












Koleksi Video

Masa mula - mula sampai........


Masa makan...............sedap

 
Lepas makan.......Sembanglah..

 
 
Tuan Rumah sedang melayan tetamu.....fokus yang baju coklat
 
 
Pasangan Pengantin.....
 
 

 
Saya mendoakan agar pasangan pengantin bahagia sehingga akhir hayat dan dikurniakan anak - anak yang soleh dan solehah...amin
 
Nota: Entri ini sepatutnya dipost semalam. Disebabkan masalah internet, terpaksa ditunda hari ini.
 
Sila gunakan earphone atau headphone untuk suara yang lebih jelas.
 
Minta maaf gambar tak berapa cantik......hi3








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan