Permata Islam dipanggil Pulang....




Tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung.


Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.

   
Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.
   
Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.
   
"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita.
   
Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya.
    
Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama.
   
Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.
   
Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.
   
Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM)




Ketua Ulama PAS Kedah kembali ke Rahmatullah




KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhammad Abdullah (gambar)meninggal dunia kira-kira jam 2.45 petang tadi.



Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan, semalam.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata Allahyarham yang berusia 72 tahun memang diketahui mengidap masalah jantung sebelum ini.

Beliau yang sempat menziarahi Allahyarham pada minggu lepas, berkata ketika ziarah itu, Allahyarham masih dalam keadaan baik dan sihat, biarpun mengadu tangan sebelah kanannya agak sukar untuk diangkat.

Bagaimanapun, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam, dan ditempatkan di wad kecemasan bahagian kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Mahfuz turut berada di hospital ketika itu, biarpun Allahyarham sudah berada dalam keadaan tidak sedar.



Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Pondok Makaribul Akhlak, di Langgar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan.


Sementara itu, Mahfuz merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta mereka untuk bersabar dengan ujian tersebut.

Sambil menyifatkan kehilangan allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar kepada sebuah gerakan Islam,dan juga PAS Kedah, Mahfuz mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.

"Sesungguhnya PAS Kedah kehilangan seorang tokoh ulama yang begitu berilmu.  Kehilangannya seperti hilangnya sebutir permata ilmu yang begitu berharga," kata beliau kepada Harakadaily.

Allahyarham pernah menjadi Adun Langgar sekitar tahun 90-an, selain pernah menjadi Yang DiPertua PAS Pokok Sena.


Sumber:



Alfatihah......




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan