Kenangan Masa Lalu: Sekolah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua


Dah lama simpan gambar - gambar kenangan di bawah ni. Rasa nak kongsikan bersama rakan - rakan. Gambar ni diambil si Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, 16800 Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 2004. Masa tu, saya dalam tingkatan 2 Amanah. Muka memang skema lah katakan.

Bila tengok gambar - gambar ni, teringat dekat kawan - kawan sekolah dulu. Masing - masing dah bawa diri sendiri. Ada yang dah mendirikan rumah tangga, ada yang dah bekerja dan ada juga yang masih lagi belajar, macam saya.

Namun, insyallah persahabatan kekal selamanya, selagi hayat dikandung badan. Kenangan yang berlalu akan tersimpan sebagai kenangan abadi yang tak mungkin dilupakan sama sekali...

2 Amanah
2 Bestari

Ni pulak, gambar masa di tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil. Saya berada di kelas PPUA 2. Masa tu, dua kelas sahaja untuk pelajar tingkatan 6 iaitu PPUA 1 dan PPUA 2.

Dalam gambar ni, antara tenaga pengajar yang mengajar kami masa di tingkatan 6 dulu......


Miss you all










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan