Saturday, 16 March 2013

IJN Part 2


Assalamualaikum dan Selamat malam kepada semua...

Semoga kita berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya selalu....

Hari ini genap 15 hari kami tamat Latihan Praktikal di Institut Jantung Negara (IJN). Tapi, terasa baru semalaman. Walaubagaimanapun, masa tak akan dapat diputarkan kembali. Kita akan terus bergerak ke hadapan, yang telah berlalu akan menjadi kenangan abadi dalam hidup masing - masing.

Baru hari ini dapat sambung entri pasal IJN Part 2. Maklumlah, sibuk dengan daftar kursus, kelas dan kerja lain yang mesti didahulukan. Insyallah saya akan cuba meluangkan sedikit masa untuk update entri ini.

Kira - kira dua minggu lepas kot, saya termimpi pasal kerja kat IJN ni. Mana tak nya, saya bermimpi ditinggalkan bas masa nak pergi IJN.....Masa ni dah habis lama dah IJN....ha3

Memang ramai yang join latihan ni sem ini. Kalau tak silap saya 67 orang semuanya melibatkan UiTM Puncak Perdana dan UiTM Segamat. Pengalaman bekerja bersama - sama dengan orang yang belum dikenali memang menjadi kenangan buat saya.

Saya bekerja bersama Fahmi, Hidayat dan kawan yang lain dari UiTM Segamat dalam kumpulan yang ditugaskan kepada kami. Pada mulanya, memang agak kekok untuk bekerja dengan orang yang tidak dikenali atau baru pertama kali bersua muka. Tapi, lama kelamaan dah boleh.

Saya adalah seorang yang susah nak berkenalan, tapi bila dah kenal, memang ok. Ada satu peristiwa, saya bersembang dengan Izzat, salah seorang rakan baru saya. Masa sembang tu, memang tak tahu nama dia. Sembang punya sembang tapi nama dia saya tak tahu dan saya tak tanya pun nama dia masa bersembang. Dah lama bersama, tahulah….

Tengoklah gambar yang saya letak ni. Tak larat nak tulis dah…..layannnnn…..













Video yang menggelakkan...


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma