Masalah Biasa Awal Sem....
Assalamualaikum dan Selamat Malam... Alhamdulillah, saay memanjatkan jutaan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesihatan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Sekarang ini, sudah minggu kedua dalam pengajian saya bagi Semester Akhir iaitu semester 6. Sehingga ke hari ini, masih lagi ada masalah dalam pendaftaran kursus bagi saya dan juga kawan - kawan saya yang lain. Antara masalahnya ialah: Ada kalanya, daftar subjek yang ini bertindih pula dengan kelas subjek yang lain. Ada juga masalah kelas tak ada, tapi subjek untuk didaftarkan bagi semester ini ada dalam sistem. Ini mungkin masalah ketiadaan kelas untuk dibuat kuliah atau pensyarah tak ada nak mengajar subjek berkenaan.
Kadang - kadang, sistem pula yang bermasalah. Dalam sistem ada 1 lagi kosong, tapi bila nak daftar, tak boleh pulak. Katanya, group dah penuh atau tak sah. Tapi, tengok 1 lagi kosong. Macam mana tu???
Ini lah masalah yang memang dihadapi setiap semester. Namun, janganlah dijadikan cabaran atau masalah itu sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan nanti....
Ini lah masalah yang memang dihadapi setiap semester. Namun, janganlah dijadikan cabaran atau masalah itu sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan nanti....
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS