Malam Korporat PMH Induk



Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua......

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t dalam menghadapi kehidupan ini. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Hari ini nak dikongsikan tentang Malam Koprat PMH UiTM Shah Alam yang telah selamat berlangsung pada hari Rabu, 27 Mac 2013 yang lalu, lebih kurang 4 hari yang lalu. Memang tak sempat nak update on time sebab banyak sangat perkara yang lagi penting yang perlu diselesaikan selain update entri blog.

Mesyuarat Persatuan, Mesyuarat Kelas, Assignment memang kena didahulukan. Walau apa pun halangan, dah menjadi lumrah dalam kehidupan sebagai seorang yang bernama PELAJAR.

Alhamdulillah, majlis yang diadakan memang memberikan kesan yang baik bagi PMH Induk dan juga PMH Puncak Perdana. Kami dapat beramah mesra dengan pimpinan baru PMH Induk yang baru dipilih dalam Annual General Meeting mereka yang telah berlangsung pada 24 Mac 2013 yang lalu. Dalam masa 3 hari sahaja, dapat mengendalikan program yang bermakna buat semua. Syabas diucapkan kepada mereka.

Cuma yang menjadi persoalan di minda saya ialah tiada Exco Hubungan Luar dan Antarabangsa dalam PMH samada PMH Induk atau PMH Puncak Pedana.

Mungkin perlu difikirkan dengan mendalam tentang kewujudan Exco Hubungan Luar dan Antarabangsa ini kerana memang banyak kebaikan bila ada exco ini.

Masa tak ada nak tulis panjang - panjang. Kejap lagi, saya ada urusan di luar. Insyallah bertemu nanti... 

Bergambar Kenangan bersama PMH Induk

Semoga Hubungan Yang Dibina Kekal Selamanya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan