Siapa Lagi Hebat???
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera buat semua kawan yang mengenali diri ini dan semua rakan
blog saya yang disayangi sekalian...
Hari ini
rasa nak update pasal Siapa Lagi Hebat???. Tajuk yang nak dikongsikan ini
adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman yang dilalui dan
pengamatan yang dialami sendiri dalam kehidupan seharian. Tiada kena mengena
dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..
Mungkin kamu
tertanya – tanya apa yang dia nak tulis ni? Apa yang ingin dikongsikan ini???
Saya nak
kongsikan dengan semua tentang persepsi rakan – rakan tentang orang “power”
dalam sesuatu bidang contohnya dalam subjek – subjek tertentu. Ayat yang sering
kali didengari ialah “dia tu power tau dalam subjek ni…..”, “si polan tu hebat
kot dalam benda ni” dan macam – macam lagi ayat yang keluar tentang “kehebatan”
seseorang dalam sesuatu bidang.
Memang tidak
dinafikan bahawa setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing
– masing dalam sesuatu bidang dan ilmu. Ada yang cekap dalam Matematik, ada
yang petah berbicara, ada yang hebat dalam penulisan, ada yang hebat dalam
pelbagai lapangan dan sebagainya. Ini yang perlu diakui oleh setiap daripada
kita tentang kekurangan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita
semua…
Persoalan
yang ingin ditimbulkan disini ialah kenapa kita anggap seseorang itu lebih
hebat dari kita. Tak salah untuk beranggapan sedemikian. Mungkin disebabkan
oleh dia lebih pakar dalam sesuatu bidang berbanding dengan kita. Tapi
ingatlah, kita sendiri sebenarnya hebat sebenarnya. Mungkin kita tak sedar yang
kita juga manusia yang hebat sebenarnya. Dalam diri kita ada unsur kehebatan
yang kita perlu gali sendiri. Cari dalam diri anda kehebatan itu. Tapi jangan
anggap diri kita hebat lebih – lebih takut jadi bangga diri. Berdosa….
Tapi jangan
jadi bodoh sombonglah…kalau tak tahu, tanya. Yang ditanya jawablah dengan baik,
ajarlah dengan baik. Ilmu yang diajar tak akan habis. Jangan jadi seperti
pepatah Kelantan “Bodo Tak Leh Ajar, Panda Tok Leh Nak Tupe”…
Duduk di
laut dilanda badai,
Dilanda
badai bersama kedai,
Yang pandai
ajarlah yang tak pandai,
Nanti sama –
sama jadi pandai…
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS