Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan blogger, dan kawan - kawan saya..
Apa khabar hari ini?? Sihat ke???
Hari ini teman nak cerite pasai Lawatan Akademik Ke Langkawi yang diadakan beberapa hari yang lalu..jom baca
Introduction [macam laporan pulak...hahaha]
Pendahuluan
Cadangan untuk
mengadakan Program Lawatan Akademik Ke Langkawi ini adalah bagi memberi peluang
kepada pelajar-pelajar IM 222 (ISS 224) semester 4 sebagai sebahagian daripada
ahli Integration of Record Community (I – Rec) UiTM Kampus Puncak
Perdana untuk mengenali dengan lebih dekat tempat-tempat bersejarah di Langkawi
khususnya Galleria Perdana dan Perpustakaan Desa Langkawi. Selain itu ia juga
bertujuan untuk mempromosikan pengurusan rekod dan program-program yang
ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat khasnya dan UiTM umumnya. Selain
itu lawatan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar semester 4,
Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Rekod) untuk mempromosikan
dan mendedahkan para pelajar tentang segala urusan berkaitan penganjuran,
komunikasi dan pengurusan sesebuah program yang mencakupi pelbagai aspek
kemahiran akademik dan insaniah.
Maklumat Program
2.1 Objektif program
a) Memberi peluang kepada
pihak penganjur untuk menyumbangkan ilmu dan sumbangan lain kepada anak bangsa
sendiri melalui penganjuran aktiviti seperti Motivasi Belajar, LDK, Gotong
royong dan lain – lain di rumah anak yatim di Langkawi nanti.
b) Mendedahkan kepada para
pelajar tentang segala urusan berkaitan penganjuran, komunikasi dan pengurusan
sesebuah program yang mencakupi pelbagai aspek kemahiran akademik dan insaniah.
c) Memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk merasai pembelajaran di luar bilik kuliah agar
pelajar-pelajar dapat merasai kelainan serta perbezaan cara pembelajaran
didalam bilik kuliah yang lebih formal berbanding di luar bilik kuliah yang memerlukan cara
pembelajaran yang kurang formal serta lebih kepada bercorak pemerhatian.
d) Memupuk minat para pelajar
khususnya pelajar ISS 224 untuk mencintai dan mengenali sejarah atau khazanah
tinggalan di negara kita khususnya di Langkawi.
Isnin, 28 Mei 2012
Bertolak dari Kolej Jasmine jam 8.00 pagi.
|
Masukkan beg dalam bas... |
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 Jam menggunakan bas UiTM ke Jeti Kuala Perlis...Languh tuuuu.
Dalam perjalanan tu, kami berhenti di beberapa tempat R&R seperti di Rawang, dan di Sungai Perak serta di Gurun..
Dalam Feri....
|
Dalam feri bersama Ina dan Mat disebelah |
|
Pokok dalam Feri??? Heran... |
Kami tiba di Jeti Kuala Perlis sekitar jam 5.00 petang. Menaiki feri ke Pulau Langkawi jam 6.30 petang. Perjalanan yang mengambil masa selama sejam ke Pulau Langkawi menyeronokkan. Masa tu hujan..Berombak laut... ada yang pening, mabuk ombak..huekkk
|
Bergambar bersama En Jeff di Jeti Kuala Perlis |
|
Bergambar bersama Pn Nordiana, Penasihat Projek |
|
Di Jeti Kuala Perlis |
|
Azwan dan Acap |
|
Hensem along ni...hahaha |
|
Jali dan Lili |
|
Bob.... |
|
Bergambar bersama anak dara...huhuhu...pewiit' |
|
Kawan - kawan di Jeti |
Tiba di Motel Warisan Tok Wan...
|
Model Motel Warisan Tok Wan |
Selasa, 29 Mei 2012
Bersarapan [Menyorok] di Hadapan Motel Tok Wan
ke Rumah Anak Nur Kaseh, Ulu Melaka, Langkawi...
|
Hadapan Rumah Nur Kasih, Ulu Melaka, Langkawi |
|
Bergambar kenangan... |
|
Hidup pali... |
|
Di Rumah Anak Perempuan, Menyaksikan Persembahan |
|
Pembahagian cenderahati oleh En Jeff kepada Anak di Rumah Nur Kasih |
|
Pembahagian cenderahati oleh Pn Diana kepada Anak di Rumah Nur Kasih |
|
Bos tanam pokok rambutan bersama Pengurus Rumah Anak Nur Kasih |
|
Masak apa tu mama??? |
|
Persembahan Anak Perempuan |
|
Pn Diana menanam pokok sebagai simbolik perasmian dan kenangan |
Di Perpustakaan Awam Langkawi..
|
Hendsome guys...hahaha |
|
geng kita... |
|
Adik...buat elok2 ek |
|
Cikgu ajar anak murid nya...hahaha |
|
Penyampaian cenderahati kepada Staff Perpustakaan oleh Pn Nordiana |
|
Tengok budak buat Math |
Di Makam Mahsuri, Langkawi
Rabu, 30 Mei 2012
Di Dataran Helang, Langkawi sebelum berangkat pulang ke Puncak....huhuhu
|
Amoi mana tu??? |
|
Nadzra.... |
|
Geng Kelate... |
|
My Friend Pejo |
|
Selamat Tinggal Langkawi..hukhukhuk |
Video Persembahan Anak - Anak di Rumah Nur Kasih, Ulu Melaka, Langkawi (lelaki)
syawal nak bergambar dengan anak2 dara yang sama je. dan tak payahh laa nak nadzra sangat ! :P
BalasPadamhahaha..aku gambar dengan semualah...
BalasPadamassalam encik syawal. can i get your email untuk tanya lebih lanjut pasal program kat atas ni ? terima kasih :)
BalasPadamsyawal_jpkjasmine@yahoo.com
BalasPadam