Skip to main content

Road To Bentong





Assalamualaikum dan Salam Perjuangan buat semua yang mengenali diri ini....


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dan banyakkanlah bersyukur atas kurniaan Allah yang tidak ternilai ini..


Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman Shooting Bahasa Arab di Bentong, Pahang yang telah selamat diadakan pada 3 jun yang lalu...




Pemandu Kereta....Abang Long


Bukti ke Bentong ...hahaha




Ramai orang tanya saya keapa nak shooting di Bentong??? persoalan yang acap kali saya ditanya...maklumlah...


Jawapannya mudah sahaja...sebab saya nak suasana kampung dalam scene Arab tersebut..


Kenapa pergi jauh - jauh??? kat Shah Alam tak ada ke tempat yang sesuai??


Jawapannya ialah kat Bentong tu kitaorang shooting kat rumah Mak Cik Acap...Puan Zakiah Awang, mantan pengetua ko...


Kami (krew produksi dan pelakon) bertolak ke Bentong jam 9.00 pagi...sejam setengah lewat daripada jadual asal...maklumlah...


Sampai kat lokasi pengambaran lebih kurang jam 11.30 pagi...sembang kejap dengan tuan rumah disamping Pengarah mencari lokasi nak shooting dan acap pergi beli buah nak buat props makan kat dalam rumah nanti...


Lebih kurang jam 12 tengahari baru dapat shot..Dengan krew kamera khas yang didatangkan khas dari Sungai Buloh, Asma' Zubir memudahkan kerja kami...


Shooting punya shooting dah jam 1 lebih dah...Kami pun dijamu dengan makan tengahari oleh penaja makanan kami...best weiiii...












Amacam??? Best tak.... mesti kamu tertelan air liur kannn...


Dah siap makan, bergambar kenangan dengan Puan Zakiah Awang, atas tajaan makanan dan rumah... Terima Kasih Mak Cik....







Dah siap di Bentong, kami solat Zohor Jamak di Masjid Tengku Sulaiman, Bentong, Pahang sebelum bertolak balik untuk scene last kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.. Selangor....




Sekitar pemandangan di Masjid Negeri Shah Alam...















Sekitar jam 6.30 petang, kami bertolak balik ke Puncak Perdana....


Sekarang semuanya sudah settle...Alhamdulillah..

Lambat sikit post...banyak kerja wooooo

Comments

  1. untung laa dapatt makan limau masakan kampung. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Popular posts from this blog

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sun…

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain...
Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. 
Iklan dia kat bawah ni....
Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive
Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia
Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant
-Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik
Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023
2 Mac 2015 yang lalu, saya dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat A…

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin &  Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau diingat boleh me…