Skip to main content

Manusia oh Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan saya yang sudi menjengok blog ni...maklumlah...assignment banyak sangat, nak update pun rasa malas. Ni pun update dalam Lab 2, masa kelas Miss Lin...kui2


Hari ini nak cerita sikit berkenaan pengalaman ngeri selepas makan malam bersama rakan - rakan tersayang di Gerai Shafika...

Lepas makan sekitar jam 9.45 malam tadi, rasa perut tak selesa..saya pun bergegas mencari "tempat pelaburan" di fakulti...

Masuk sana..masyallah..Tahu apa yang saya nampak????

Tak da sivik punya mahasiswa... Melabur pun tak flash, kucing pun tahu nak kambus hasil buangan dia..apa laaa

Lagi satu, ada jugak manusia yang suka cangkung atas jamban duduk..habis kotor jamban tu..oi bang, kalau dah jamban duduk, duduklah..

Hah..tisu pun habis berselerak diatas lantai..apa salahnya masukkanlah dalam tong sampah yang disediakan dalam bilik tu...kesianlah sikit kat mak cik cleaner yang nak cuci bilik tu...

Ok lah, dah siap update..nak sambung buat assignment kejap..tata



Send Me A Comment Graphic
Pictures88.com | Comment Back | Forward this Picture

Comments

Popular posts from this blog

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sun…

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain...
Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. 
Iklan dia kat bawah ni....
Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive
Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia
Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant
-Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik
Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023
2 Mac 2015 yang lalu, saya dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat A…

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin &  Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau diingat boleh me…