Is About LOVE....






Cinta…..APA MAKNA CINTA???

Masing masing antara kita ada pandangan masing – masing pasal cinta. Ada yang sedang bercinta, pernah bercinta dan ada juga sekumpulan manusia yang tidak pernah merasai cinta. Betul ke?

Betullah. Sebab ini merupakan pandangan saya berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap kawan – kawan seangkatan yang tergolong dalam tiga golongan yang disebutkan tadi.  Apa yang dimaksudkan dengan cinta???

Banyak maksud sebenarnya yang boleh ditafsirkan dengan perkataan “Cinta”. Salah satu yang ingin dinukilkan disini ialah perasaan saling menyayangi antara pasangan, seorang lelaki dan perempuan yang merupakan ikatan tidak rasmi yang terjalin antara mereka. Ini adalah pandangan saya. Anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dengan saya. Terpulanglah pada diri sendiri. Tepuk dada, tanyalah hati.

Memang tidak dinafikan bahawa perasaan kasih sayang adalah kurniaan daripada Allah untuk makhlukNya di muka bumi ini. Manusia saling kasih mengasihi antara makhluk yang ada di muka bumi ini..

Kenapa bercinta??? Ini persoalan yang selalu bermain di minda setiap daripada kita. Yang pastinya kenapa seseorang itu bercinta ialah kerana setiap daripada kita ingin disayangi dan menyayangi, dimiliki dan memiliki dan juga dihormati dan menghormati. Yang paling utama sebab bercinta ialah kita ingin memiliki dan menyayangi pasangan yang kita cintai.
Saya banyak juga melihat “drama” dalam soal cinta ini. Ada yang bercinta sesama rakan sekelas, ada juga yang bercinta jarak jauh, ada juga yang bercinta berlainan negeri. Banyak jenis cara pencintaan yang diamalkan oleh kawan – kawan saya yang dapat diperhatikan. Tapi (bukan mendoakan) kebanyakan yang bercinta sebegitu adalah merupakan cinta monyet, yang tak mungkin kekal selamanya. Ada yang kekal, tapi banyak yang tak kekal. Maaf cakap. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Ada yang bercinta bagai nak rak, tapi hancur ditengah jalan. Ada yang kekal sampai ke akhirnya…

Yang sedang bercinta, bercintalah dengan adat dan syariat Nya. Jaga adat dan tatasusila kita sebagai umat Islam dan juga patuhilah syariat bila bercinta. Yang pernah bercinta, pengalaman yang lalu jadikan tauladan dan sempadan. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Yang belum pernah bercinta, suatu hari nanti ia akan singgah juga di hati kita. Moga – moga cinta yang datang nanti merupakan anugerah daripadaNYA….

Apa pun pilihan yang anda akan pilih, pilihlah yang terbaik. Pastikan pilihan itu direstui oleh kedua ibubapa kita. Tak guna kita kahwin dengan kekasih hati yang dicintai tapi tak mendapat keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan