Mereka yang mendapat Perlindungan Allah di Padang Masyar
Sabda Nabi s.a.w:
" Tujuh golongan manusia dilindungi Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya, mereka ialah:
1. Pemimpin (Imam) yang adil.
2. Pemuda yang hidup dalam mentaati Allah.
3. Lelaki yang sentiasa mengingati masjid untuk beribadat.
4. Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang menolak pujukan seorang perempuan cantik dan mempunyai kedudukan yang tinggi (berpangkat). Disamping itu, dia berkata "sesungguhnya aku takutkan Allah".
6. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebohkan sedekahnya itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.
7. Lelaki yang sentiasa menyebut (berzikir) nama Allah secara bersembunyi, maka ketika itu mengalirlah air matanya.
Marilah kita sama - sama memposisikan diri kita dalam kelompok ini. Semoga beroleh rahmat dari Ilahi..
Insyallah..
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS