Catatan

7 Pesanan Nabi s.a.w

Imej
Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan 7 Pesanan Nabi s.a.w Pesanan Nabi kepada Abu Zar al Ghiffari 1. Sayangi, ambil peduli akan orang miskin, perendahkan diri bila bersama dengan mereka walaupun kita kaya. 2. Banyakkan perhati orang yang berada bawah (kurang) pada kamu, bukan orang yang berada diatas (lebih), hati akan tenang.  3. Jangan belajar minta daripada sesiapa pun, apa perkara pun walaupun kecil. #Kalau banyak meminta, akan suka meminta sampai mati. 4. Hubungkan silaturrahim. 5. Tolong bercakap benar walaupun perkara itu pahit. 6. Bila buat perkara yang Islam suruh, jangan hiraukan kritikan orang lain. 7. Banyakkan menyebut perkataan La Haula Wala Quwwata Illa Billah .....  

Fattabiouni: Adab dan Sunnah dalam Bermusafir

Imej
1. Tujuan perjalanan adalah baik dan betul. 2. Solat 2 rakaat di rumah sebelum keluar bermusafir. 3. Sunnah Nabi s.a.w adalah Baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Baginda bersabda “ Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan”. 4. Bawalah sebuah beg kecil yang diisi dengan barangan keperluan diri seperti: # Berus Gigi # Cermin Kecil # Sikat 5. Ucapkanlah Selamat Tinggal kepada keluarga dengan memohon penjagaan dari Allah s.w.t. 6. Apabila keluar dari rumah, sunat membaca Bismillah Hirrahma Nirrahim. 7. Bacalah Doa Musafir dan Doa Naik Kenderaan agar perjalanan selamat. 8. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar melantik seorang menjadi ketua. 9. Sunat Bertakbir ketika pada Paras Ketinggian dan Bertasbih ketika turun ke Paras Rendah. Contoh: Naik Kapal Terbang, Turun Kapal Terbang Naik Bukit, Turun Bukit 10. Apabila masuk Kampung/Pekan/Bandar, sunat ...

Wasiat Untuk Anak - Anak

Imej
WhatApps kpd anak anak ...wasiat sebelum kita menjadi saperti Quran yg usang.... . . 👪Anakku... Bila aku tua, Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan, Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku, Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit. Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku. 😔Anakku... Bila aku tua, Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan, Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,  "mak pekak ke?", "mak bisu ke? " "tak dengar ker??".. Aku minta maaf anakku. Aku semakin MENUA... 😟Anakku... Bila aku tua, Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang, Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,  Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA. Kamu akan mengerti nanti bila ka...

Fattabiouni: Sunnah Berkaitan Makan & Minum

Imej
SUNNAH BERKAITAN MAKAN & MINUM 1. Allah s.w.t menegah dari pembaziran dan makan makanan  2. Basuh tangan sebelum makan adalah sunnah Nabi. 3. Duduk dengan sopan dihadapan makanan (Duduk Iftirasy) 4. Membaca Bismillah 5. Makan dengan Tangan Kanan 6. Ambillah makanan yang paling dekat 7. Nabi s.a.w tidak makan makanan terlalu pedas 8. Melicinkan pinggan adalah sunnah NAbi s.a.w 9. Menjilat - jilat jari selepas makan 10. Nabi sukakan makanan manis 11. Puji Allah setelah selesai makan 12. Selepas makan, disunatkan membasuh tangan dan berkumur

1MET 2015: Unleash Your Potential (Throwback)

Imej
Pada 13 – 14 November 2015 yang lalu, saya telah menyertai program 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) 3.0 yang telah diadakan di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan. Program selama 2 hari itu adalah suatu program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk berkongsi tentang ilmu keusahawanan kepada peserta yang terlibat. Dianggarkan sekitar 200 orang peserta yang telah menyertai bootcamp ini. Ada kalangan peserta yang sudah mempunyai perniagaan dan ada jugak yang sekadar untuk menimba ilmu tentang keusahawanan semata – mata. Dalam program yang berlangsung selama 2 hari tersebut, kami didedahkan tentang pelbagai ilmu untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya. Cuma ada beberapa saranan yang boleh dilakukan oleh pihak penganjur dalam memastikan program ini mendapat manfaat kepada golongan sasaran. 1. Saya perhatikan peserta yang menyertai program berkenaan terdiri dari 2 kelompok yang berbeza. Satu kumpulan yang SUDAH MEMPUNYAI P...

Isu Rokok Elektonik

Imej
Mutakhir ini, Isu Rokok Elektronik atau Vaping menjadi bahan bualan dan bahan perbincangan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai media dalam negara kita. Saya bukanlah seorang perokok atau seorang vaper untuk mengulas isu ini. Cuma, pendapat ini dicoretkan sebagai pandangan peribadi penulis sahaja. Mungkin ada yang bersetuju, dan mungkin sebaliknya. Saya pernah mengulas tentang isu e-cigarettes dalam entri blog ini beberapa tahun yang lampau. Saya ada pengalaman bersama dengan seorang rakan semasa belajar di UiTM dulu. Suatu malam, kami bersama beberapa rakan yang lain ke Uptown Shah Alam, Selangor. Saja jalan – jalan hilangkan stress belajar. Entahlah, tanpa dirancang, kawan saya ni nak beli rokok elektronik yang secara kebetulan memang berlambak dijual di Uptown tersebut. Seingat saya, rokok itu dijual satu set ada 2 batang. Kawan saya beli sebatang dengan harga lebih kurang RM 80.00, berkongsi dengan seorang pembeli yang kebetulan nak beli jugak. Memang rokok tu ada per...

Kacau Bubur Asyura 2015 (Throwback)

Imej
Pada 31 Oktober 2015 yang lalu, Madrasah (Balaisah) Kampung Chengal Pulas telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura secara bergotong royong yang diadakan di sekitar madrasah. Seingat saya, ini kali pertama kami buat Bubur Asyura di surau. Dan program ini adalah antar program yang terbesar pernah dijalankan di madrasah kami. Perancangan awal nak buat 2 kawah sahaja. Tetapi, bila fikir – fikir balik takut tak cukup, tambah lagi 1 kawah, menjadikan keseluruhan 3 kawah Bubur Asyura yang dimasak hari berkenaan. 2 kawah asyura daging dan satu kawah asyura kosong (tanpa daging). Memang kalau nak diikutkan, kacau asyura ni memakan masa yang lama. Masa kami buat dulu, mula kacau asyura (hidupkan api) jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 6 petang. Sekitar 10 jam nak siapkan 3 kawah Bubur Asyura. Yang paling gembira bila buat gotong-royong ni adalah kerjasama dari semua pihak yang menjayakan program. Ada yang bagi sumbangan duit, ada yang bagi sumbangan bahan mentah dan j...