Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Karnival Kerjaya Machang 2014

Imej
Hari ini telah berlangsungnya karnival kerjaya di Dewan Majlis Daerah Machang.. Berkesempatan menyertainya dan ada berita gembira nak dikongsikan... Tunggu entri seterusnya...

PTD Outreach 2014

Imej
Hari ini, telah berlangsungnya Outreach Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M 41 bertempat di Politeknik Kota Bharu, KM 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. Sepanjang pengamatan saya, jumlah peserta yang hadir lebih kurang 100 orang untuk sesi 9.00 pagi - 11.00 pagi tadi. Sebanyak empat sesi dijalankan kursus kepada calon - calon PTD M41 2014 iaitu 9.00 - 11.00 pagi, 11.00 - 1.00 petang, 2.00 - 4.00 petang dan 4.00 - 6.00 petang. Ada beberapa perkongsian yang boleh dikongsikan untuk panduan semua. Maklumat am mengenai PTD M41. Permohonan untuk jawatan ini: 134, 391 orang. Calon yang layak mengikut skim perkhidmatan: 131, 815 orang. (CGPA 3.0 dan keatas) Calon layak menduduki ujian: 77, 766 orang. Kalau tak silap dengar tadi, yang diperlukan tahun ini adalah seramai 300 orang sahaja utuk jawatan PTD ni. Memang pening kepala SPA nak pilih. Setelah calon lulus ujian peperiksaan online, proses seterusnya adalah dipanggil untuk temuduga. Tahun ini masih ...

Syarat Masuk IPTA: Pandangan Peribadi

Imej
MUET: Penjelasan Perlu Dijalankan Pada Pembentangan BAJET 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lepas 10 Oktober 2014, dilontarkan cadangan untuk meningkatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarat untuk pengijazahan. Syaratnya ialah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu seperti dalam jadual di atas. Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya itu turut menyarankan agar institusi pengajian tinggi swasta melaksanakan langkah yang sama. Katanya, pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1. MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada saya, secara dasarnya menyokong pelaksanaan cadangan ini. Cuma, terdapat beberapa “pro and cons” yang perlu diambil kira oleh pihak kementerian dalam melaksanakan cadangan ini. Penjelasan tentang cadangan in...

Jom Cakna pada Masyarakat

Imej
Entri kali ini merupakan suatu muhasabah yang ingin dikongsikan oleh saya melalui pengalaman peribadi. Semoga perkongsian kali ini boleh memberi sesuatu perkara yang berguna buat saya dan semua pembaca. Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran tetangga merupakan mereka yang tinggal berdekatan dengan kita. Mereka merupakan individu yang terdekat untuk kita meminta pertolongan dan bantuan bila ada sesuatu kemaslahatan atau sebagainya. Sifir yang mudah untuk diikuti oleh kita adalah bila kita buat senang dengan orang lain, orang lain akan buat senang juga kepada kita. Dan begitulah sebaliknya berlaku. Jika nak orang cakna pada kita, maka kita juga perlu cakna pada orang lain.

Master on the Way

Imej
  Memang menjadi hasrat terpendam saya untuk menyambung semula pengajian di peringkat Master, setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Rekod dahulu. Insyallah, jika panjang umur dan murah rezeki, cadangnya nak sambung belajar tahun hadapan. Ada dua tiga orang kawan saya yang sekarang ini menyambung pengajian mereka di peringkat Master di UiTM Kampus Puncak Perdana secara Sepenuh Masa. Saya tak nak buat sepenuh masa disebabkan oleh beberapa faktor yang dimaklumkan setelah berbincang dengan beberapa orang yang berpengalaman. Dicadangkan kepada saya buat Part Time Master sambil kerja. Memang nak bekerja sambil belajar. Dalam masa dapat ilmu baru bila sambung pengajian peringkat Master, pengalaman kerja pun ada (walau sedikit). Orang kata sambil kerja sambil belajar. Perlu diakui bahawa tidak mudah untuk buat dua kerja yang bukan mudah dalam 2 waktu yang sama. Tapi, Insyallah, dengan azam dan pertolongan dari Allah s.w.t, segala-galanya ...

Burgerbyte, Tunjong, Kelantan.

Imej
Alhamdulillah, dapat makan burgerbyte di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan sebelum hari raya Aidiladha yang lalu. Kalau nak rasa, sila berkunjung sendiri nanti.

Kesian Orang Muda…

Imej
    Assalamualaikum W.B.T Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini saya ingin melontarkan pandangan peribadi tentang beberapa isu yang dihadapi oleh golongan belia atau fresh graduates  yang baru menamatkan pengajian di IPTA/IPTS. Untuk makluman, ini adalah pandangan peribadi penulis dan mungkin akan ada percanggahan pendapat dengan orang lain. Dialu alukan untuk mengemukakan pandangan tentang apa yang saya ulas di sini. Tak ada salah dan betul dalam penulisan ini. Golongan muda adalah salah satu dari kelompok yang amat terbeban dengan pelbagai isu yang berlaku dalam negara kita mutakhir ini. Kalau nak dikira, memang banyak isu yang melibatkan golongan muda. Isu mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian, bayaran balik pinjaman pelajaran, nak mendirikan rumah tangga, beli kereta dan rumah antara isu yang perlu diambil kira oleh kerajaan dan pihak – pihak berkepentingan dalam meminimumkan kesannya kepada golon...

Street Art , Machang 2014

Imej
Saya berkesempatan melawat Street Art Machang pada 3 Oktober 2014 yang lalu. Bertempat di Belakang Zon Ria lama di Bandar Machang. Ingin lihat sendiri, silalah berkunjung ke sana.

Kahwin Bawah Umur

Imej
Kahwin Bawah Umur oleh: Ustaz Badli Shah Alauddin (TVAH) 1. Kahwin Bawah Umur hukumnya adalah harus dibolehkan (sebelum akil baligh). 2. Dalil yang membolehkan kahwin muda adalah dari Al Quran (Surah At Talaq, ayat 4) dan Hadis. 3. Dari segi Adat dan Budaya, Kahwin Bawah Umur adalah perkara yang jarang berlaku ( Legally Wright, Morally Wrong ). 4. Terdapat Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam yang digubal oleh kerajaan bagi mengawal perkahwinan dan perceraian dilakukan sesuka hati. 5. Umur Lelaki untuk kahwin bawah enakmen adalah 18 tahun manakala umur bagi Perempuan adalah 16 tahun dan keatas. 6.  Mana – mana perkahwinan yang luar biasa, perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah. 7. Terdapat 7 jenis perkahwinan yang tidak boleh diuruskan di Pejabat Agama melainkan mendapat kebenaran dari Mahkamah Syariah. 7 Jenis Perkahwinan yang memerlukan kebenaran Mahkamah Syariah: Perkahwinan Bawah Umur Perkahwinan Poligami Kahwin Janda Berhi...