Update Keputusan Peperiksaan
Tanggal 14 Februari 2014 menyaksikan pelajar UiTM menerima keputusan peperiksaan dan keputusan Latihan Amali masing - masing. Memang banyak update dalam Facebook masing - masing tentang keputusan yang diperoleh samada gembira atau berduka
Bila tengok sahabat update status kat FB, nak juga update...
Setelah lebih 3 tahun kita belajar bersama - sama di UiTM Kampus Puncak Perdana, menempuh segala dugaan dan cabaran dalam menghabiskan pengajian disana. Tentunya banyak kenangan manis dan pahit yang tersimpan dalam memori masing - masing yang akan diingat sampai bila.
Tentunya bila diingat kembali kenangan itu, akan terbit rasa kesyahduan bila mengenangkan kenangan yang telah menjadi sejarah bagi kita semua. Hanya gambar sahabat dan taulan semasa kita bersama menimba ilmu dahulu menjadi pengubat rindu dihati.
Alhamdulillah, Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua rakan yang mengenali diri ini khusus kepada semua Pelajar UiTM Kampus Puncak Perdana atas keputusan peperiksaan yang telah diterima. Sama - sama kita terima ketentuan Ilahi dengan hati yang terbuka. Buat sahabat yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki, ingatlah pasti ada hikmah disebalik keputusan itu. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawa kepada NYA. Moga berjaya suatu hari nanti.
Tak lupa kepada semua pensyarah yang membantu dalam Latihan Amali tempoh hari seperti Pn Nordiana Nordin, En Mohd Zairol bin Masron dan En Wan Abdul Malek bin Wan Abdullah. Tak lupa buat semua pensyarah di UiTM Puncak Perdana dan Staff sokongan.
Sokongan IbuBapa ku dalam menghabiskan pengajian ini amat dihargai dan semoga Allah s.w.t yang akan membalas semuanya.
Mohon maaf juga kepada rakan - rakan yang pernah bekerja bersama saya selama ini sama ada dalam bidang akademik atau dalam persatuan. Mohon maaf jika ada sebarang perkatan, tingkah laku atau apa sahaja yang mengguris hati dan perasaan sahabat sekalian.
Khusus penghargaan buat sahabat IM222 yang bersama - sama saya dikala suka dan duka. Kenangan yang kita bina akan kekal abadi selamanya.
Jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti....
Silap dan salah jangan disimpan didalam hati...
Berakhirnya perjalanan ini, bukan bermakna persahabatan kita berakhir disini. Eratkan perhubungan yang kita bina selama ini agar berkekalan hingga akhir hayat...
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS