Kita boleh...


Dalam update entri yang terbaru ini, saya ingin kongsikan kata - kata daripada Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man baru - baru ini dalam sebuah program Maulidur Rasul: Andai Rasulullah Masih Ada anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan pada 14 Februari 2014 yang lalu.

Antara kata - kata beliau adalah:

Kita boleh beli makanan yang enak dan lazat,
Tetapi kita tidak akan sesekali boleh beli selera makan.

Kita boleh beli tilam yang empuk untuk tidur lena,
Tetapi kita tidak boleh beli lenanya tidur.

Kita boleh beli rumah yang besar dan indah,
Tetapi kita tidak boleh beli nikmat kebahagiaan dalam rumah itu.


Kalau diamati dan direnung dengan mendalam ucapan yang saya tuliskan diatas, memang banyak makna tersurat dan tersirat yang boleh kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita sendiri. 

Kalau kita ditakdirkan seorang yang berharta, memang inginkan makanan yang sedap - sedap dan mahal - mahal. Kita mampu untuk membayar dan mendapatkan makanan tersebut. Tapi tak semua orang kaya yang macam itu. Ada juga yang biasa - biasa saja, macam orang kebanyakan.

Tetapi selera makan hanya ada bila kita diberikan kesihatan oleh Allah sahaja. Bila nikmat tersebut ditarik balik, makanan yang sedap tadi pun akan rasa tak sedap. Hanya air sejuk yang menjadi pilihan.

Sama juga dengan tempat tidur yang empuk. Ada orang tidak memerlukan tempat pun boleh tidur. Atas kerusi, atas tikar mengkuang dan sebagainya tidak kisah kerana masih lena. 

Tapi cuba fikir sejenak jika Allah menarik nikmat lena tidur? Kita pasti akan gelisah, kesihatan akan terganggu dan sebagainya. 

Kalau ditanya, siapa yang tidak mahu rumah yang besar dan selesa? Tentu tak ada yang menjawab tidak mahu memilikinya. Tetapi berapa ramai pemilik rumah besar yang sengsara berbanding mereka yang rumahnya ala kadar sahaja.

Kesimpulannya

Tak salah nak makan makanan yang mewah dan sedap,
Tak salah nak tidur selesa atas katil dan tilam yang empuk,
Tak salah nak berumah besar,

Asalkan ianya HALAL dan diperoleh dengan cara yang halal.

Ingatlah segala yang kita miliki adalah MILIK MUTLAK ALLAH S.W.T. Suatu masa nanti kita akan kembali kepadanya..



Kredit: Ybhg Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan