10 Kelebihan Menghubungkan Ukhuwwah
Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran dilimpahkan kepada Allah s.w.t yang telah memberi penulis kesihatan untuk terus berkongsi sedikit pengetahuan dengan pembaca sekalian.
Hari ini kita akan membicarakan tentang keutamaan menghubungkan ukhuwwah sesama manusia. Semoga mendapat manfaat daripadanya……
1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit.
2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah.
3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
6. Allah dapat melanjutkan usianya.
7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.
Semoga bermanfaat buat semua.
Salah silap mohon teguran.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS