Perkahwinan: Pasir Puteh, KELANTAN vs FELDA Lui Timur, Negeri Sembilan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih mengikuti perkembangan saya melalui tulisan ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Hari ni nak update berkenaan dengan Majlis Perkahwinan Sepupu saya yang telah berlangsung pada 1 Februari 2014 yang lalu bertempat di FELDA Lui Timur, Jempol, Negeri Sembilan.  

Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancarnya....

Kami ke sana dengan 4 buah kereta sanak saudara sahaja. Ada juga kenalan sepupu saya yang turut sama berkonvoi ke majlis tersebut.

Memang meriah dengan sepupu - sepupu yang ramai datang. Itu pun tak semua yang datang masa majlis tu sebab ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Memang seronok sangat walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang amat jauh untuk ke sana.

Apa pun, pengalaman menyaksikan secara live Majlis Akad Nikah memang akan terpahat dalam memori diri ini. Insyallah suatu hari nanti, ia akan menjadi realiti....

"Perkahwinan memang seronok, tetapi yang tak seronok adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul nanti"

Semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat bersama - sama.

Ulasan

  1. A'kun Mohammad Syawal

    Salam ziarah balas. Tahniah dan selamat pengantin baru kepada sepupu. Insya Allah jodoh berkekalan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan