Wacana Ummah 2013: Suatu Pandangan...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih mengikuti perkembangan blog ini. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sebelum terlupa, Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua rakan yang mengenali mahupun yang tidak mengenali diri ini.

Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan Wacana Ummah yang telah berlangsung di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan pada 1 November 2013 yang lalu. Program kerjasama dari Ngo - Ngo yang prihatin akan nasib ummah terutama di Mesir, Syria dan Palestin. Panel yang dijemput khas untuk membincangkan perkara ini memang seorang ahli dalam bidang analisis politik antarabangsa iaitu Dr Maszlee Malik, Ahli Akademik Politik Warga UIAM.


Ada beberapa  isi ceramah yang menarik yang telah disampaikan oleh Dr Maslee Malik yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua. Semoga bermanfaat...

1. Banyak kesan buruk yang terjadi akibat daripada penggulingan Presiden Sah Mesir. Antaranya adalah Penutupan Sempadan Rafah yang telah ditutup semenjak 2008 dan sempadan tersebut dibuka semula apabila Dr Mohamed Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir. Apabila beliau digulingkan, sempadan yang menjadi penghubung penting rakyat Palestin ditutup semula. Ini menyukarkan penduduk Palestin untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya...

2. Media tidak bersama dengan Kerajaan Mursi. Hal ini kerana media di negara tersebut cuba menimbulkan kemarahan rakyat dengan memfitnah dan menyebarkan berita buruk kepada rakyat kononnya dilakukan oleh Mursi. Ini menyebabkan rakyat yang hanya mendapat maklumat salah daripada media kerajaan turun ke jalanraya memprotes Mursi tanpa mendapat maklumat yang sebenarnya.

3. Minyak dan bekalan keperluan lain dimiliki oleh Tentera Mesir yang menggulingkan Mursi. Ini menyukarkan rakyat untuk membeli keperluan tersebut.

4. Antara perancangan besar Dr Mursi ialah ingin membangunkan Terusan Suez. Ini akan mengancam ekonomi negara sekitarnya apabila pembangunan ini diteruskan, Mesir bakal menjadi kuasa ekonomi penting di Asia Barat ini.

5. Ikhwan Muslimin (IM) telah diharamkan oleh Mahkamah Mesir. Ada penonton yang bertanya kepada Dr Maszlee apa yang akan terjadi kepada IM selepas diharamkan?

IM akan menjadi lebih kuat, kerana dahulu mereka lebih kuat bila diharamkan oleh kerajaan terdahulu.

Semoga konflik ini akan berakhir dan percayalah bahawa yang benar pasti akan menang jua...


Pandangan Dr Maszlee mengenai isu Mesir boleh diikuti di Video IKRAM 

Sumber: 

Part 1: Isu Mesir 1

Part 2: Isu Mesir 2

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan