Hudud di Brunei: Malaysia? Apa Citer.....
Negara
Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syari’ah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam,
lapor poral berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei.
Sultan
Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada
Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas 22
Oktober lalu.
“Dengan izin
Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari in, 22 Oktober 2013, dan
akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa”
“Undang –
undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentinganNya sendiri. Allah sama
sekali tidak mempunyai apa – apa hajat kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna.
Yang berhajat itu ialah kita, para hamba, termasuk hajat untuk menikmati
keadilan dan kesejahteraan”, titah baginda.
Baginda juga
berharap agar rakyat dan penduduk Brunei sama – sama berdiri teguh dan
berganding bahu dalam mendukung dan mengalu – alukan kelahiran Akta yang
bersejarah ini.
Seperti
Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993, Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah Brunei
2013 hanya tertakluk kepada rakyat Brunei yang beragama Islam. Hukuman jenayah
sivil juga dilaksanakan secara bersama di negara tersebut.
Semoga Malaysia mengikut langkah Kerajaan Brunei suatu hari nanti......
Sumber: The Brunei Times
Semoga Malaysia mengikut langkah Kerajaan Brunei suatu hari nanti......
Sumber: The Brunei Times
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS