Catatan Akhir Latihan Amali 2013


Gambar ketika mula - mula menjalani LI di Unit Hasil 2013

Assalamualaikum dan Selamat Petang kepada semua yang masih lagi mengikuti perkembangan saya melalui blog ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalani Latihan Amali di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Selama kurang lebih dua bulan, bermula pada 2 September 2013 yang lalu dan telah berakhir pada hari ini. Memang kalau nak katakan, banyak kenangan pahit dan manis yang telah saya dapat semasa menjalani Latihan Amali di sini. Kenangan itu akan menjadi memori indah yang tak mungkin akan dapat dilupakan seumur hidup saya nanti.

Dari Kanan: Pn Hjh Rokiah, Pn Nik Noraini, Pn Nor Suhazlini dan Pn Zarina

Antara yang telah menjadi tulang belakang saya dan telah mengajar saya sepanjang menjalani LI ini adalah mereka yang berada dalam gambar diatas dan tak lupa juga kepada Pn Nazimah bt Abdullah atas bimbingan beliau untuk melatih saya bekerja di Unit Hasil selama 3 bulan ini. 

Di Unit Hasil ini, saya ditugaskan untuk memasukkan data dan maklumat ke dalam Sistem Pungutan Hasil Tahunan (SPHT). Ini merupakan tugasa hakikilah sebagai pelajar praktikal disini. 

Selain itu, saya juga bertugas di Kaunter Materi Setem dan Kaunter Hasil. Pn Zarina dan Pn Hjh Rokiah bt Daud merupakan dua individu yang saya sering bertanya dan rujuk jika ada masalah berkenaan dengan bayawan hasil tanah dan sebagainya.

Pn Nik Noraini bt Ibrahim pula insan yang saya rujuk untuk urusan di Kaunter Materi Setem. Memang banyak kenangan yang boleh dikongsikan bila kembali ke Puncak Perdana nanti. Semua kawan saya yang menjalani LI akan berkongsi pengalaman mereka ketika menjalani LI di tempat masing - masing.

Kisahku di Kaunter.

Ini adalah kisah benar. Dilarang mencuba di rumah atau di tempat kerja anda.

Kejadian ini berlaku pada 20 Oktober 2013. Saya bertugas di Kaunter Meteri Setem. Sedang duduk termenung sambil ditemani oleh senaskah surat khabar Metro, saya didatangi oleh seorang gadis yang berumur sekitar 17 tahun untuk mematikan setem Perjajian MARAnya.

Gadis: Sini buleh mati setem ko?

Saya: Buleh....(gadis tersebut menghulurkan dokumen yang ingin dimatikan setemnya). Saya membelek helaian dokumen itu dan bertanya kepada gadis tersebut “mano setem nyo? Nok mati setem gano tak dok setem?”. Saya menyuruh beliau membeli setem hasil di Pejabat Pos Pasir Puteh.

Gadis: Sini tak dok jual ko setem?

Saya: tak dok jual…

Gadis: nawok eh…..

Saya: sengoti tak dok jual…..

Mungkin dia tak sengaja terkeluar perkataan itu. Habis semua staff di Unit Hasil ini tergelak. Moralnya, kesabaran amat perlu bila berada di kaunter bila melayan pelbagai jenis ragam pelanggan dan jangan mudah melatah….

Segala tunjuk ajar yang diberikan amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Halalkan segala makan minum, terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan harap dimaafkan.

Doakan agar saya berjaya dalam Presentation nanti dan minta doakan saya berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat kelak.

Ulasan

Catat Ulasan

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan