UPSR & Konvokesyen: Antara Harapan dan Impian
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Ucapan tahniah
kepada semua Pelajar UPSR yang telah mendapat keputusan 5A dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah diumumkan. Tahniah juga ingin saya
rakamkan kepada sahabat yang telah berjaya menjadi Graduan dalam Majlis
Konvokesyen yang telah diadakan. Tahniah kerana anda telah menjadi seorang
Graduan yang telah berjaya dalam pelajaran anda. Selamat berjuang kepada adik –
adik yang sedang menjalani peperiksaan SPM. Semoga beroleh kejayaan yang
cemerlang. Insyallah….
Pesanan buat
insan tersayang….
Ibu Bapa
Insan yang paling banyak berkorban untuk kita dalam mencapai kejayaan yang ada ini pastinya adalah IBU BAPA kita. Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan doa yang dipanjatkan oleh mereka ke hadrat Ilahi untuk melihat kita semua berjaya memang tidak dapat dibalas walau dengan segunung emas atau intan permata. Apa yang paling mereka harapkan adalah anaknya berjaya dalam kehidupan. Taatilah mereka sementara mereka masih ada. Kepada yang sudah tiada, ingatlah mereka selalu, sedekahkan amalan untuk mereka di sana. Semoga mereka berbahagia dialam sana.
Bila kita sudah berjaya, jangan dilupakan mereka. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Ingat, insan inilah yang menjadi antara pendorong kejayaan kita dalam kehidupan ini. Setiap pengorbanan yang mereka lakukan, saya pasti mereka tidak mengharapkan balasan kerana yang paling penting adalah kasih sayang anak kepada ibu bapanya.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR lalu, janganlah dimarah anak tuan/puan. Berilah motivasi kepada mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan mereka selepas ini. Ingatlah, segala-galanya ketentuan Ilahi. Terimalah ketentuanNYA dengan hati yang terbuka.
UPSR bukanlah penamat kepada kejayaan anak tuan/puan sebaliknya, ianya merupakan langkah pertama dalam kehidupan mereka. Kegagalan hari ini akan menjadi motivasi di masa depan bagi mereka. Teruskan motivasi anak tuan/puan dan bimbing mereka untuk berjaya suatu hari nanti….
Cikgu/
Pensyarah
Terima kasih
diucapkan kepada cikgu – cikgu dan juga para pensyarah yang telah mencurahkan
segala ilmu dan tunjuk ajar kepada kita semua sehingga kita mengecapi nikmat
kejayaan ini. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh tuan/puan
dalam mendidik kami akan dibalas oleh Allah s.w.t nanti.
Kepada adik –
adik dan rakan – rakan sekalian, kenanglah jasa mereka kerana mereka umpama
lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain untuk berjaya. Tiada apa
yang paling menggembirakan mereka selain melihat anak didiknya berjaya dalam
kehidupan…
Pelajar UPSR
dan Graduan
Sekali lagi
tahniah kepada adik – adik UPSR yang telah mendapat keputusan UPSR yang cemerlang.
Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Jangan jadikan ini penamat
untuk kejayaan anda masa depan. Bangkit dan teruskan perjuanganmu. Ingatlah adik
– adik dan sahabatku sekalian ingatlah bahawa “Kita tidak
gagal setelah kita jatuh, tetapi kita dikira gagal jika kita jatuh dan tidak
bangun semula. Berapa kali kita jatuh tidak penting, yang penting ialah
bagaimana kita bangun semula setelah kita jatuh”.
Ingatlah! Hidup
ini seperti suatu perjuangan dan dalam setiap perjuangan itu, kita akan menemui
rintangan dan halangan. Andainya kita kecundang, airmata bukanlah
penyelesaiannya. Bangkitlah! Kerana kegagalan pertama tidak bererti akan
berulang kegagalan berikutnya. Ingatlah!
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS