Perkara Sebelum Tidur... Amalkan.


Assalamu'alaikum Warahamatullah Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.

 4 PERKARA YANG WAJAR DIBUAT SEBELUM TIDUR
(Tafsir Haqqi )

 Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah ra :

 "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan  empat perkara, iaitu :





 1. Sebelum khatam Al Qur'an,
 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
 3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
 4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....

 Bertanya Aisyah :
 "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

 Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Surah Al Ikhlas  tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
 Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum  aku, maka kami semua akan
 memberi syafaat di hari kiamat.

 Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan  meredhai kamu.
 Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan  ibadah haji dan umrah"

 Sekian untuk ingatan kita bersama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan