Apa yang kita lebih suka sebenarnya...
  * Lebih gembira
menyambut  1hb Januari daripada 1
Muharram
   * Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12
Rabiulawal
     * Lebih membesarkan
hari  Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
     * Lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan
     * Lebih suka
lepak,tidur  tengok TV daripada
sembahyang
     * Lebih tahu tentang
artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
     * Lebih suka menyebut
hello!...hai! daripada assalamualaikum
     * Lebih suka pakai
cap, topi daripada tudung, kopiah
     * Lebih suka menyanyi
dangdut daripada berwirid, bertahmid
     * Lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri
     * Lebih suka
membaca  majalah hiburan daripada buku-buku
agama
     * Lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ceramah agama
     * Lebih suka memaki,
mengumpat orang daripada memuji mereka
     * Lebih suka mencarut,
@#%^&! daripada menyebut MasyaAllah
     * Lebih suka
kemungkaran daripada berbuat kebaikkan
     * Lebih bangga dengan
kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
     * Lebih cintakan
urusan dunia daripada urusan akhirat
     TETAPI bila orang Tanya
arah tujuan kita, kita pasti akan jawab
     Kita
     SEBENARNYA.....
     Lebih suka menuju ke Syurga
daripada ke Neraka
     Layakkah kita dengan Syurga
milik Allah SWT??
     Yang mana Tuhan suruh
itu sama-samalah kita buat, yang dilarang itu
 kita pakat  tinggallah.
     Malu kita dengan Tuhan
yang telah memberikan segala kenikmatan  kepada
    hamba-hambaNya tetapi
kita masih lupa padaNya. InsyaAllah, Tuhan akan  mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau.
Wallahualam.
     "Hai Kaumku,
sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan
sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan
jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.
Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk  syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya
tanpa dihisab.
     (surah Al Mu'min ;
ayat 39-40)
 
 
 
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS