Amanat Tahun Baru JPK 2012
Amanat
Tahun Baru 2012 Kepada JPK Jasmine
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera kepada semua ahli keluarga JPK Jasmine sekalian. Selamat
bercuti kepada yang sedang bercuti bersama keluarga dan juga selamat berjuang
kepada yang masih lagi dalam medan peperiksaan akhir semester 2012 ni. Semoga
kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua perkara yang
dilakukan.
Setelah
bercuti selama seminggu dari menjalankan tugas sebagai YDP JPK Jasmine, pada
tanggal 15 Januari saya telah selamat sampai ke Kolej Jasmine setelah
mengharungi perjalanan selama lebih kurang 9 jam dengan menaiki Bas
Transnasional. Bukan hendak berceloteh berkenaan dengan percutian saya, tapi
hari ini saya akan luahkan segala yang saya ingin luahkan kepada semua ahli
keluarga saya sekalian.
Banyak
sebenarnya perkara yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Luangkan masa
anda beberapa minit untuk meneliti baris – baris ayat yang saya nukilkan. Bukan
marah, tapi menegur dalam suasana kekeluargaan kepada sahabat – sahabat sekalian.
Azam Tahun Baru JPK
Mesti
semua orang telah memasang azam sempena tahun baru 2012 ni kan. Itu adalah hak
anda masing – masing untuk berazam apa yang ingin dilakukan pada tahun baru
ini. Saya secara peribadi tak ada pun azam yang nak dikongsikan, tapi apa yang
penting, jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih
baik dari hari ini.
Mempunyai
banyak azam, tapi tidak dilaksanakan amatlah rugi. Seperti anda mempunyai
banyak wang, tetapi tidak dibelanjakan. Sangatlah rugi.
Komitmen yang diperlukan.
Ingin
dinukilkan disini bahawa, kita sebagai JPK mestilah berubah mengikut keadaan
semasa. Semester ini tidak sama seperti semester lepas. Ingin diingatkan juga
bahawa kita semua mesti ingat kepada janji yang dibuat dahulu, perjanjian yang
kitan tandatangani dahulu. Ingat kembali. Saya tak mahu ahli yang ramai, tapi
komitmennya tiada. Ahli sikit tapi KOMITMEN yang “RAMAI” lagi baik….
Selain
itu, janganlah ada lagi yang nak keluar masuk dari JPK. Terus terang saya
katakan, saya tak nak dengar lagi tentang ada yang nak keluar JPK. Tak ada
gunanya kalau anda anggap JPK ni sebagai baju. Boleh dipakai, dibuang sesuka
hati. Saya tak nak ini berlaku. Kuatkan semangat anda. Ada masalah, ceritakan kepada
kawan – kawan. Jangan pendamkan. Saya tidak boleh terima kalau ada orang
mengkhianati kepercayaan yang saya dan MT berikan kepada anda semua. Susah
untuk saya berikan kepercayaan semula….
Mesyuarat Bukan Selalu
Setiap
meeting yang dijalankan, ada agenda yang hendak dibincangkan. Bukan saja – saja
saya panggil meeting. Ada agenda yang hendak dibincangkan. Saya pun tak nak
meeting selalu. Selain itu, saya ada pohon kalau tak dapat datang meeting, buat
SURAT TUJUK SEBABA kenapa tak dapat hadir meeting dan maklumkan kepada MT atau
Exco/Sekretariat anda. Bukan mendera, tapi kami MT nak ada hitam putih kenapa
tak dapat datang. Sama juga kalau datang lewat, sila maklumkan juga.
Tolonglah
tepati masa meeting. Kalau kita datang awal, boleh habiskan meeting awal.
Ingat, tugas utama kita adalah pelajar, dan JPK adalah sampingan. Jangan buang
masa yang berharga bagi kita semua sebagai pelajar. Orang yang tak tahu
menghargai masa ialah orang yang rugi.
Dalam meeting, banyak kali ditegur oleh NYDP
tentang adab dalam meeting. Saya sedar semua itu. Saya tak nak ambil kisah
sangat tentang itu sebenarnya. Tapi saya tahu segalanya. Ada yang tak catat
semasa meeting, buku pun tak ada, buat kerja lain dan sebagainya. Saya tahu
sangat, tapi buat – buat tak tahu saja. Mulai tahun baru ini, sematkan dalam
diri, jika anda ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati….
Laporan Exco dan Sekretariat
Laporan
ini amat penting bagi semua Exco dan Sekretariat, sama juga bagi Majlis
Tertinggi. Laporan yang disediakan bukan tujuan untuk membazirkan dakwat
printer atau membazir wang jauh sekali untuk membazir kertas, laporan yang
diminta untuk pihak kami (MT) menilai segala gerak kerja yang dilakukan oleh
Exco dan Sekretariat. Selain ianya juga sebagai bukti yang anda pernah bekerja
bersama JPK Jasmine dengan menjalankan peranan yang diamanahkan kepada anda
samada sebagai Exco/Sekretariat atau sebagai satu unit dalam Jawatankuasa
sesebuah program.
Rasa
saya, masa yang mencukupi telah diberikan bagi menyiapkan laporan tersebut.
Tapi, tanyalah diri sendiri. Saya minta Laporan itu DI PRINT dan DI EMELKAN ke
email rasmi JPK Jasmine iaitu jpkjasmine@yahoo.com. Kenapa saya suruh anda berbuat
demikian:
1.
Yang
hard copy akan disimpan dalam fail Exco masing – masing. Ini akan menjadi bahan
rujukan kepada JPK yang akan datang.
2.
Yang
diemailkan kat email rasmi JPK adalah sebagai Back Up file. Jika hilang yang
hardcopy, kami boleh print dari softcopy.
Diluah
mati emak, ditelan mati anak…..
Semakan Laporan Exco/Sekretariat
Setelah
meneliti semua Laporan Exco dan Sekretariat yang telah dihantar kepada saya,
maka dengan ini diumumkan bahawa terdapat 4 orang yang gagal dalam menyediakan
Laporan ini. (nama dirahsiakan buat sementara waktu). Saya telah menyemak
dengan teliti semua Laporan yang telah dihantar. Syabas kepada semua yang telah
berjaya menyiapkan Laporan ini. Ada beberapa teguran secara keseluruhan tentang
Laporan ahli – ahli JPK sekalian.
1.
Pengenalan
·
Majoriti
Laporan yang disemak sama Pengenalan, Penutup dan Kesimpulan antara satu exco
dan exco yang lain serta sekretariat dengan sekretariat yang lain. Dengan kata
mudah, ramai COPY PASTE PENGENALAN.
2.
Kesalahan
Ejaan
·
Merupakan
MASALAH UTAMA dalam Laporan Exco/Sekretariat JPK.
·
Banyak
kesalahan ejaan yang sepatutnya tidak berlaku. Contoh kesalahan ejaan:
I. Patai=
pantai
II.
Aka
nada = akan ada
III Kretiviti
= kreativiti
IV.
Kole =
kolej
V.
Pergram
= program
VI.
Juka =
juga
VII.
Member
= memberi
VIII.
Menganbil
= mengambil
IX.
Keluar
= keluarga
X.
Desember
= disember
XI.
Seketeriat
= sekretariat
XII.
Perkarang
= perkara
XIII.
Belia =
beliau
XIV.
Penambahbaikkan
= penambaikan
XV.
Berlagsung
= berlangsung
XVI.
Merelisasikan
= merealisasikan
XVII.
Memperkenalakan
= memperkenalkan
XVIII.
Lancer
= lancar
XIX.
Pagawai
= pegawai
3.
Kesalahan
Tulisan
·
Kata
Ganda. Ramai menggunakan “Semua Unit – Unit”, yang sebenarnya “Semua
Unit”
·
Nama Program Salah: “Bengkel Kesihatan dan
Reproduktif”, yang sebenarnya ialah “Bengkel Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Remaja”, Dengan Tema Atas Nama Cinta”.
·
Penggunaan Di dalam dan dalam.
· Penutup dan kesimpulan ada yang buat terlalu pendek.
· Penutup dan kesimpulan ada yang buat terlalu pendek.
·
Font tulisan yang tak sama.
·
Gambar
program yang tidak mencukupi.
·
Jadual
tak disusun dengan baik.
·
Ejaan
nama individu salah.
·
Fakta ada yang salah.
·
Tak ada
Caption pada gambar.
·
Jangan
guna singkatan. Tulis ejaan penuh.
·
Kata
Nama Khas, guna huruf BESAR.
·
Salah
masalah program.
·
Jangan
campur BM – BI.
·
Ada
yang buat pengenalan tergantung.
·
Penggunaan
atas dan di atas.
Program Semester Hadapan
Sebagaimana
kita semua maklum, bahawa JPK adalah sebuah badan yang bergerak aktif dalam
menjalankan program – program kepada
pelajar di Kolej Jasmine. Pihak Majlis Tertinggi telah memilih dalam kalangan
anda sebagai Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi sesuatu program yang bakal
dilaksanakan pada semester hadapan.
Yang
dipilih diharapkan agar bersedia untuk memikul amanah yang digalaskan kepada
anda, dan yang lain bantulah rakan –rakan
yang diberikan tugas itu. Jangan setkan minda anda bahawa anda tidak mampu
melakukannya. Percayalah anda mampu melakukan, tak kira anda JPK lama atau
baru. Buktikan kepada kami bahawa anda juga mampu menggalas cabaran yang
diberi.
Jangan mengalah sebelum berjuang di medan…
Jangan Jadi Sleeping Partners/MIA
Perkara
ini sememangnya menjadi suatu cabaran buat organisasi dimana – mana sahaja. Perkara ini perlu
dielakkan dalam usaha kita untuk mendahului dalam memberikan perkhidmatan yang
terbaik buat KOLEJ dan juga PELAJAR.
Sleeping
Partner amatlah mendukacitakan bagi kita semua. Saya amat berharap agar kita
semua dapat mengubah sikap yang suka menghilang disaat diperlukan.
Ingatlah,
buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Ubah sikap untuk menjadi yang
terbaik.
Maaf semua
Saya
juga ingin memohon maaf jika ada selama saya bersama anda, ada terkasar bahasa
atau terlanjur kata daripada saya. Saya tak tahulah ada orang kata saya ni
garang?? Saya pun tak tahu dimana kegarangan saya. Nilaikanlah sendiri. Mungkin
saya ada tertegas dengan anda, atau apa – apa yang saya buat mengguris hati dan
perasaan anda semua. Mohon maaf atas segalanya, dari hujung rambut ke hujung
kaki…
“
SENTIASA MENDAHULUI”
Yang
menjalankan tugas,
MUHAMMAD
SYAWAL BIN MAT GHANI
YDP
JPK JASMINE
2011
– 2012
16
JANUARI 2012
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS