Ceritaku dalam JPK Jasmine
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
semua.
Hari ini saya akan bercerita pasal kisah saya
dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine 2011. Untuk pengetahuan semua, JPK
Jasmine dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej Puncak
Perdana. Selaras dengan penukaran nama Kolej Puncak Perdana kepada Kolej
Jasmine pada tahun 2011 yang lalu, JPK pun telah ditukarkan nama juga.
Saya secara peribadinya telah menyertai
keluarga JPK Jasmine pada tahun 2011 yang lalu sebagai Sekretariat Keusahawanan
di bawah pentadbiran Yang Di Pertua yang lama, Saudari Siti Nur Shatirah bt
Jaafar.
Sepanjang memegang
portfolio ini saya telah diamanahkan berada di bawah seliaan Exco Keusahawanan,
Siti Nur Syahidah bt Fadzil bersama seorang lagi sekretariat, iaitu Mohd Haniff
bin Pausi. Selama saya berada dalam
portfolio ini, kami telah menjalankan
beberapa program dan tugas-tugas khususnya bagi portfolio Keusahawanan seperti
Perdana Court Sale. Selain itu, saya juga pernah mewakili Exco ke Mesyuarat
Persatuan Usahawan Muda Puncak Perdana (PRUDA).
Saya tidak mendapat banyak pengalaman semasa
berada di bawah portfolio keusahawanan kerana lebih kurang sebulan selepas saya
berada di bawah portfolio ini, saya ditukarkan pula menjadi Sekretariat
Perhubungan Dalaman.Sepanjang memegang portfolio ini, tugas yang diamanahkan
kepada saya adalah menampal dan membuang poster atau notis dipapan kenyataan
sekitar kolej kediaman. Tugas saya adalah bagi memastikan papan kenyataan di
kolej terjaga dan notis dibuang selepas tamat tempoh aktiviti atau tamat tarikh
luput notis tersebut.
Kemudian, saya
telah ditukarkan pula ke jawatan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej
Jasmine bagi sesi 2011/2012 bagi menggantikan Siti Nur Shatirah bt Jaafar, mantan
YDP yang terdahulu.
Tugas kami adalah menjadi peghubung antara kolej dengan pelajar dan
menjalankan program bagi pelajar. Banyak program yang telah kami jalankan pada
semester lepas. Antaranya ialah Taklimat Pengetua, Pelancaran Penggunaan Nama
dan Logo Rasmi Kolej Jasmine, Unite Sis & Bro Inspirasi
Sanubari, Kuliah Perdana 1 dan 2, The Green House, The Green Day, Kuliah
Muslimah, Hari Mesra Pelajar (HAMEP), One Step Closer, Dari Bandar Ke Desa,
Lawatan Ke JPK Puncak Alam, Lawatan
Akademik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke UiTM Puncak Perdana, Hari Keluarga: Riang Ria K-Recs Bersama JPK dan Kitar
Semula.
Sentiasa Mendahului
Professional and
Punctual On Time
Assalamualaikum
BalasPadamBila saya membaca catatan saudara, saya teringat kembali zaman ketika saya turut berada dalam JPK Kolej Puncak Perdana. Ketika itu JPK PP masih mengamalkan sistem 2 YDP iaitu YDP siswa dan YDP siswi.
Saya bermula daripada exco Tugas2 Khas dan setahun selepas itu dilantik sebagai YDP siswa bagi mengantikan YDP siswa yang lama iaitu saudara Nazri Michael.
Mungkin boleh diusulkan agar dapat dibuat senarai YDP dari mula hingga terkini.